Paradigma ruang, masa dan pemikiran manusia kadangkala
megundang suatu dimensi baru. Ini kerana manusia tidiak akan kekal
ditakuk lama dengan cara hidup yang sama dari zaman berzaman. Perilaku atau
amalan yang diamalkan kini mungkin tidak lagi diamalkan pada masa yang akan
dating seperti mana amalan dahulu kala yang tidak lagi atau semakin dilupakan
pada hari ini.
Antara amalan yang semakin ditinggalkan ialah potong andam
atau mengandam pengantin sebelum menempuh alam perkahwinan. Adat ini dipercayai
mampu menaikkan seri, memantapkan pengisian rohani dan melindungi pengantin
daripada bala, hasad dengki dan gangguan syaitan semasa majlis perkahwinan.
Walaupun amalan ini sarat dengan pengisian dalam memantapkan
rohani dan jasmani pengantin, namun amalan ini sering dilanda kontroversi yang
menuntut penjelasan yang munasabah. Tambahan pula ada sesetengah pendapat yag
menyatakan amalan mengandam adalah syirik dan pengamalannya tidak bermanfaat.
Pandangan tersebut dinafikan sekeras-kerasnya oleh Mehran
Sedit, 44, bersama hujah yang tersendiri. Bliau yang lebih mesra dengan
panggilan Kk Yan mengajak masyarakat menyoroti kembali inti pati proses
mengandam ini.
“ Mengandam adalah proses mencantik dan menaikkan sri
pengantin dari segi rohani dan jasmani. Pengantin yang menjalani proses
mengandam digalakkan untuk mengingati kebesaran Pencipta dengan cara berdoa dan
membaca ayat suci Al-Quran seperti berselawat ke atas Nabi, megucap dua kalimah
syahadah, membaca Surah Al-Fatihah, ayat tiga Qul dan beristigfar. Bacaan ini
dipraktikkan bersama niat dan hati yang tulus ikhlas agar dilindungi dan
dijauhi daripada sebarang gangguan syaitan dan perbuatan khianat manusia.”
Beliau juga menekankan bahawa amalan mengandam perlu
dipertahan dan diperjuangkan supaya tidak terus hilang dalam pengedaran waktu
dan zaman. Baginya amalan mengandam bukan sahaja untuk cantik semata-mata malah
ia mampu memberikan ketenagan jiwa, meningkatkan keyakinan diri, pengantin
tampil sopan dalam bertingkah laku Pengantin yang tidak berandam dikatakan
jiwanya lebih kosong, mudah menggelabah dan bertingkah laku dan lebih tenang.
Mengandam juga dikatakan mampu melahirkan kasih dan saying
suami terhadap isteri dan tetamu yang berkunjung dengan pengamalan ayat-ayat
Al-Quran yang tertentu. Pengantin yang tidak berandam dikatakan jiwanya lebih
kosong, mudah menggelabah dan bertingkah laku kurang sopan. Menurut Kak Yan
lagi, kelebihan mengandam juga membuatkan tetamu lebih terpesona memandang
pengantin walaupun wajahna tidak secantik mana kerana terpaut pada tingkah
lakunya yang tenang, lemah lembut dan sopan.
Walaupun begitu, Kak Yan mengakui bahawa mengandam
hanyalah salah satu usaha pengantin untuk tampil sempurna pada hari bahagia dan
bukannya bertujuan untuk mengubah ciptaan Tuhan secara total. Lagipun, bukan
smua bulu kening yang akan dicukur kerana ia akan mengubah wajah asal sehingga
menghilangkan kesalian wajah sebenar pengantin. Cukuplah sekadar membuang bulu
yang mengganggu proses solekan yang menghalang naiknya seri ajah supaya
kelihatan cantik dan manis dipandang.
Baginya, setiap perbuatan yang kita lakukan pokok pangkalnya
bergantung kepada niat dan keihklasan hati. Beliau juga sering berpesan kepada
pengantin supaya sentiasa mengingati kebesaran Allah s.w.t dalam setiap
perbuatannya. Pengantin juga perlu yakin bahawa kecantikan dan wajah yang
tampil berbeza selepas mengandam adalah juga kurniaan dan kebesaran
yang Esa bukannya kuasa mengandam atau mak andam. “Kita hanya berusaha, Tuhan
yang akan menentukan segalanya. Bagi Kak Yan, tidak salah berusaha untuk
kelihatan cantik untuk tatapan suami dan kaum kelaurga.”
Bagi merungkai kontroversi berandam, Pensyarah Jabatan
Siasah Syariah, Universiti Maaya, Sharifah Hayatee berkata, jelas dalam hadis
riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud bahawa Rsulullah bersabda: “Allah
melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu keningnya atau bulu muka atau meminta
orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya, wanita yang mengasah gigi
supaya kelihatan cantik.” Jelas perbuatan mencukur tersebut adalah berdosa
dan haram di sisi Islam.
Beliau mengakui bahawa tindakan membaca doa dan ayat-ayat
suci Al-Quran adalah bagus dalam proses mengandam tetapi mencukur bulu kening
dan bulu-bulu di seluruh badan tetap dilaknat dalam Al-Quran. Hanya dua tempat
sahaja yang disunatkan untuk bercukur adalah bulu ari-ari dan bulu ketiak
setiap 40 hari untuk mengelakkan syaitan bergntung di temapt tersebut.
Menurut lagi, syirik atau khurafatnya amalan mengandam
berhgantung kepada penyelewengan terhadap akidah. Jika amalan itu tidak
menyongsang agama, ia tidak syirik. Apa pun beliau berpendapat sebagai manusia,
kita perlu mengagungkan kebsarn Tuhan dan menunaikan yang wajib iaitu
kesempurnaan dalam membina masjid dan bukannya mahu kelihatan cantik
semata-mata.
Berdasarkan pendapat Pengarah Pusat Islam Universiti Putra
Malaysia, Dr Amini Amir Abdullah bin Mas’ud: Allah melaknat orang yang membuat
tatu, yang diminta membuat tatu untuknya, yang mencabut bulu di mukanya, yang
meminta dicabutkan bulu mukanya dan orang yang menjarangkan gigi untuk
kecantikan, kerana mereka telah menukar ciptaan Allah. Namun beliau juga ada
merujuk hadis daripada Aisyah apabila isteri Abu Ishaq yang bertanya tentang
hokum wanita yang membuang bulu yang terdapat di dahi demi menambat hati suami.
Lalu Aisyah menjawab perbuatan tersebut tidak dilaratg.
Walau bagaimanapun jika mem buangnya
sampai habis sehingga mengubah fitrah asal adalah diharamkan. Amini menjelaskan
lagi,, menurut Imam Nawawi, adalah digalakkan bagi wanita yang mempunyai misai
dan janggut yang panjang supaya mencabutnya. Walaupun perbuatan begini
tergolong dalam perbuatan yang mengubah ciptaan Allah s.w.t tetapi diharuskan
untuk mengelakkan wanita itu berasa aib tatkala brdepan dengan masyarakat.
Wanita harus sedar bahawa seri wajah terutamanya bukan lahir
dari rupa paras yang elok semata-mata. Ia adalah gabungan kesucian hati dan
penjagaan fizikal. Ii kerana hati yang luhur, murni dan ikhlas secara automatic
akan memancarkan nur pada wajah. Nur inilah yang sebenarnya menjadi dambaan
pengantin untuk tampil berseri pada hari bersejarah. Setiap perempuan juga
harus sedar bahawa apa yang Allah s.w.t ciptakan dan hiaskan di wajah dan
seluruh tubuhmu adalah sebaik-baik dan seelok-elok ciptaan. Janganlah diubah
tanpa sebab yang munasabah kerana kejadian azali adalah lebih sempurna.
PROSES MENGANDAM
Mengandam disempurnakan dengan tiga proses iaitu bercukur,
mandi bunga dan makan sirih. Amalan ini tetunya ntuk menaikkan seri pengantin
dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Semasa proses bercukur, mak andam
akan membuangkan bulu roma halus yag berselerak di wajah. Tujuannya adalah
untuk memudahkan wajah ditatarias dan solekan akan kekal sepanjang hari. Proses
bercukur juga menjadikan solekan kemas, rata dan tiada ruang untuk peluh
mengalir dicelah bulu roma. Bulu kening juga akan diukir indah terletak untuk
memberikan hasil solekan mata yang kemas, galak dan menyerlah.
Bercukur dimulakan dengan pemakaian kain putih yang sinonim
dengan pengertian suci bersih jiwa dan raga pengantin. Kain putih juga
dikatakan mampu menstabilkan emosi pengantin yang sarat dengan debaran menunggu
saat diijapkabulkan. Walaupun begitu, bagi mereka yang berketurunan kerabat
diraja, Syed atau Syarifah, kain berwarna kuning digunakan berdasarkan
pengiktirafan status mereka. Amalan ini tidak lekang dengan bacaan doa supaya
perjalanan hidup pengantin sentiasa diiringi kebahagiaan dan keharmonian.
Zahirnya tubuh manusia memerlukan tenaga untuk kekal cergas
dan segar sepanjang masa. Ini kerana bakal mempelai memerlukan kekuatan dan
kesihatan sepanjang majlis berlangsung. Justeru, proses mandi bunga dikatakan
mampu mengalirkan tenaga yang terdapat pada bunga kepada badan manusia. Mandi
bunga adalah amalan yang diamalkan oleh nenek moyang kita menyegarkan badan dan
minda.
Caranya mudah sahaja dengan meramas bung-bunga wangi dan
banyak tenaga ke dalam air. Ramasan bungaan ini akan mengalirkan tenaga dari
bunga ke dalam air yang sememangnya juga mengandungi banyak tenaga. Kombinasi
tenaga bunga dn tenaga air akan lebih baik jika air yang digunakan ialah air
terjun atau air dari kolah masjid kerana ia seing hidup dan menampung bacaan
ayat-ayat suci Al-Quran.
Bunga yang biasanya digunakan ialah bunga berbau harum
seperti bunga melur, kenanga, cempaka, ros, bunga tanjung, sundal malam,
sempaka pisang dan kembang cina. Bunga-bungaan ini akan dipetik ketika bulan mengembang.
Selain mandi bunga, pengantin juga akan dibacakan ayat suci Al-Quran, doa dan
jampi.
T egas beliau, masyarakat mudah syak wasangka dan menaitkan
jampi dengan perbuatan khurafat dan syirik. Namun menurut Kak Yan, jampi yang
dibaca adalah doa dalam bahasa Melayu dahulu kala utuk menaikkan seri pengantin
supaya kelihatan lebih cantik dan menawan daripada hari biasa. Malahan tubuh
perawan akan lebih harum dengan wangian bunga dan limau purut.
Langkah yang terakhir adalah makan sirih. Namun kebanyakan mempelai
hari ini tidak gemar makan sirih kerana khuatir gigi mereka kuning dan mulut
berbau kurang enak. Walau
bagaimanapun setiap
amalan ini ada sigenifikannya. Saat diijapkabulkan seribu satu perasaan mulai
meraja perasaan. Perasaan mula menjadi tegang dan system tubuh tidak normal.
Kadangkala perbuatan hormone juga menyebabkan perut sentiasa mahu membuang air
kecil dan mudah dimasuki angin. Mka saat inilah pentingnya memakan sirih kerana
ia mampu meredakan ketegangan dan mengelakkan angin memasuki perut.
Daun sirih yang disapu kapur cengkih dan gambir bertindak
mengelatkan air liur yang seterusnya mampu mengelakkan mulut berbau,
mengharumkan mulut dab memerahkan lidah. Sebelum itu, sirih terlebih dahulu
akan dijampi sebagai penguat semangat, mengelakkan darah gemuruh dan menaikkan
seri pengantin.
Amalan dan adat resam adalah warisan bangsa yang patut kita
agungkan. Selagi ia tidak menyonsang akal dan agama, ia boleh diterima dan
diadaptasikan mengikut kesesuaian dalam kehidupan seharian. Lagipun kerana adat
resamlah budaya kita kaya dan unik daripada bangsa lain. Tidak keterlaluan jika
dikatakan kerana adatlah kita bertemadun dan mampu membina bangsa gemilang. – Keluarga. Feb 2007
No comments:
Post a Comment