Monday 25 February 2013

kepada teman2..hehe post mengandam sebelum neh aq post atas permintaan kawan2 k..so,jngn pk pelik2 plak taw..hahaha^^

Paradigma ruang, masa dan pemikiran manusia kadangkala megundang  suatu dimensi baru. Ini kerana manusia tidiak akan kekal ditakuk lama dengan cara hidup yang sama dari zaman berzaman. Perilaku atau amalan yang diamalkan kini mungkin tidak lagi diamalkan pada masa yang akan dating seperti mana amalan dahulu kala yang tidak lagi atau semakin dilupakan pada hari ini.
Antara amalan yang semakin ditinggalkan ialah potong andam atau mengandam pengantin sebelum menempuh alam perkahwinan. Adat ini dipercayai mampu menaikkan seri, memantapkan pengisian rohani dan melindungi pengantin daripada bala, hasad dengki dan gangguan syaitan semasa majlis perkahwinan.
Walaupun amalan ini sarat dengan pengisian dalam memantapkan rohani dan jasmani pengantin, namun amalan ini sering dilanda kontroversi yang menuntut penjelasan yang munasabah. Tambahan pula ada sesetengah pendapat yag menyatakan amalan mengandam adalah syirik dan pengamalannya tidak bermanfaat.
Pandangan tersebut dinafikan sekeras-kerasnya oleh Mehran Sedit, 44, bersama hujah yang tersendiri. Bliau yang lebih mesra dengan panggilan Kk Yan mengajak masyarakat menyoroti kembali inti pati proses mengandam ini.
“ Mengandam adalah proses mencantik dan menaikkan sri pengantin dari segi rohani dan jasmani. Pengantin yang menjalani proses mengandam digalakkan untuk mengingati kebesaran Pencipta dengan cara berdoa dan membaca ayat suci Al-Quran seperti berselawat ke atas Nabi, megucap dua kalimah syahadah, membaca Surah Al-Fatihah, ayat tiga Qul dan beristigfar. Bacaan ini dipraktikkan bersama niat dan hati yang tulus ikhlas agar dilindungi dan dijauhi daripada sebarang gangguan syaitan dan perbuatan khianat manusia.”
Beliau juga menekankan bahawa amalan mengandam perlu dipertahan dan diperjuangkan supaya tidak terus hilang dalam pengedaran waktu dan zaman. Baginya amalan mengandam bukan sahaja untuk cantik semata-mata malah ia mampu memberikan ketenagan jiwa, meningkatkan keyakinan diri, pengantin tampil sopan dalam bertingkah laku Pengantin yang tidak berandam dikatakan jiwanya lebih kosong, mudah menggelabah dan bertingkah laku dan lebih tenang.
Mengandam juga dikatakan mampu melahirkan kasih dan saying suami terhadap isteri dan tetamu yang berkunjung dengan pengamalan ayat-ayat Al-Quran yang tertentu. Pengantin yang tidak berandam dikatakan jiwanya lebih kosong, mudah menggelabah dan bertingkah laku kurang sopan. Menurut Kak Yan lagi, kelebihan mengandam juga membuatkan tetamu lebih terpesona memandang pengantin walaupun wajahna tidak secantik mana kerana terpaut pada tingkah lakunya yang tenang, lemah lembut dan sopan.
Walaupun begitu,  Kak Yan mengakui bahawa mengandam hanyalah salah satu usaha pengantin untuk tampil sempurna pada hari bahagia dan bukannya bertujuan untuk mengubah ciptaan Tuhan secara total. Lagipun, bukan smua bulu kening yang akan dicukur kerana ia akan mengubah wajah asal sehingga menghilangkan kesalian wajah sebenar pengantin. Cukuplah sekadar membuang bulu yang mengganggu proses solekan yang menghalang naiknya seri ajah supaya kelihatan cantik dan manis dipandang.
Baginya, setiap perbuatan yang kita lakukan pokok pangkalnya bergantung kepada niat dan keihklasan hati. Beliau juga sering berpesan kepada pengantin supaya sentiasa mengingati kebesaran Allah s.w.t dalam setiap perbuatannya. Pengantin juga perlu yakin bahawa kecantikan dan wajah yang tampil berbeza selepas mengandam adalah  juga kurniaan dan kebesaran yang Esa bukannya kuasa mengandam atau mak andam. “Kita hanya berusaha, Tuhan yang akan menentukan segalanya. Bagi Kak Yan, tidak salah berusaha untuk kelihatan cantik untuk tatapan suami dan kaum kelaurga.”
Bagi merungkai kontroversi berandam, Pensyarah Jabatan Siasah Syariah, Universiti Maaya, Sharifah Hayatee berkata, jelas dalam hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud bahawa Rsulullah bersabda: “Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu keningnya atau bulu muka atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya, wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.” Jelas perbuatan mencukur tersebut adalah berdosa dan haram di sisi Islam.
Beliau mengakui bahawa tindakan membaca doa dan ayat-ayat suci Al-Quran adalah bagus dalam proses mengandam tetapi mencukur bulu kening dan bulu-bulu di seluruh badan tetap dilaknat dalam Al-Quran. Hanya dua tempat sahaja yang disunatkan untuk bercukur adalah bulu ari-ari dan bulu ketiak setiap 40 hari untuk mengelakkan syaitan bergntung di temapt tersebut.
Menurut lagi, syirik atau khurafatnya amalan mengandam berhgantung kepada penyelewengan terhadap akidah. Jika amalan itu tidak menyongsang agama, ia tidak syirik. Apa pun beliau berpendapat sebagai manusia, kita perlu mengagungkan kebsarn Tuhan dan menunaikan yang wajib iaitu kesempurnaan dalam membina masjid dan bukannya mahu kelihatan cantik semata-mata.
Berdasarkan pendapat Pengarah Pusat Islam Universiti Putra Malaysia, Dr Amini Amir Abdullah bin Mas’ud: Allah melaknat orang yang membuat tatu, yang diminta membuat tatu untuknya, yang mencabut bulu di mukanya, yang meminta dicabutkan bulu mukanya dan orang yang menjarangkan gigi untuk kecantikan, kerana mereka telah menukar ciptaan Allah. Namun beliau juga ada merujuk hadis daripada Aisyah apabila isteri Abu Ishaq yang bertanya tentang hokum wanita yang membuang bulu yang terdapat di dahi demi menambat hati suami. Lalu Aisyah menjawab perbuatan tersebut tidak dilaratg.
Walau bagaimanapun jika mem buangnya sampai habis sehingga mengubah fitrah asal adalah diharamkan. Amini menjelaskan lagi,, menurut Imam Nawawi, adalah digalakkan bagi wanita yang mempunyai misai dan janggut yang panjang supaya mencabutnya. Walaupun perbuatan begini tergolong dalam perbuatan yang mengubah ciptaan Allah s.w.t tetapi diharuskan untuk mengelakkan wanita itu berasa aib tatkala brdepan dengan masyarakat.
Wanita harus sedar bahawa seri wajah terutamanya bukan lahir dari rupa paras yang elok semata-mata. Ia adalah gabungan kesucian hati dan penjagaan fizikal. Ii kerana hati yang luhur, murni dan ikhlas secara automatic akan memancarkan nur pada wajah. Nur inilah yang sebenarnya menjadi dambaan pengantin untuk tampil berseri pada hari bersejarah. Setiap perempuan juga harus sedar bahawa apa yang Allah s.w.t ciptakan dan hiaskan di wajah dan seluruh tubuhmu adalah sebaik-baik dan seelok-elok ciptaan. Janganlah diubah tanpa sebab yang munasabah kerana kejadian azali adalah lebih sempurna.

PROSES MENGANDAM
Mengandam disempurnakan dengan tiga proses iaitu bercukur, mandi bunga dan makan sirih. Amalan ini tetunya ntuk menaikkan seri pengantin dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Semasa proses bercukur, mak andam akan membuangkan bulu roma halus yag berselerak di wajah. Tujuannya adalah untuk memudahkan wajah ditatarias dan solekan akan kekal sepanjang hari. Proses bercukur juga menjadikan solekan kemas, rata dan tiada ruang untuk peluh mengalir dicelah bulu roma. Bulu kening juga akan diukir indah terletak untuk memberikan hasil solekan mata yang kemas, galak dan menyerlah.
Bercukur dimulakan dengan pemakaian kain putih yang sinonim dengan pengertian suci bersih jiwa dan raga pengantin. Kain putih juga dikatakan mampu menstabilkan emosi pengantin yang sarat dengan debaran menunggu saat diijapkabulkan. Walaupun begitu, bagi mereka yang berketurunan kerabat diraja, Syed atau Syarifah, kain berwarna kuning digunakan berdasarkan pengiktirafan status mereka. Amalan ini tidak lekang dengan bacaan doa supaya perjalanan hidup pengantin sentiasa diiringi kebahagiaan dan keharmonian.
Zahirnya tubuh manusia memerlukan tenaga untuk kekal cergas dan segar sepanjang masa. Ini kerana bakal mempelai memerlukan kekuatan dan kesihatan sepanjang majlis berlangsung. Justeru, proses mandi bunga dikatakan mampu mengalirkan tenaga yang terdapat pada bunga kepada badan manusia. Mandi bunga adalah amalan yang diamalkan oleh nenek moyang kita menyegarkan badan dan minda.
Caranya mudah sahaja dengan meramas bung-bunga wangi dan banyak tenaga ke dalam air. Ramasan bungaan ini akan mengalirkan tenaga dari bunga ke dalam air yang sememangnya juga mengandungi banyak tenaga. Kombinasi tenaga bunga dn tenaga air akan lebih baik jika air yang digunakan ialah air terjun atau air dari kolah masjid kerana ia seing hidup dan menampung bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
Bunga yang biasanya digunakan ialah bunga berbau harum seperti bunga melur, kenanga, cempaka, ros, bunga tanjung, sundal malam, sempaka pisang dan kembang cina. Bunga-bungaan ini akan dipetik ketika bulan mengembang. Selain mandi bunga, pengantin juga akan dibacakan ayat suci Al-Quran, doa dan jampi.
T egas beliau, masyarakat mudah syak wasangka dan menaitkan jampi dengan perbuatan khurafat dan syirik. Namun menurut Kak Yan, jampi yang dibaca adalah doa dalam bahasa Melayu dahulu kala utuk menaikkan seri pengantin supaya kelihatan lebih cantik dan menawan daripada hari biasa. Malahan tubuh perawan akan lebih harum dengan wangian bunga dan limau purut.
Langkah yang terakhir adalah makan sirih. Namun kebanyakan mempelai hari ini tidak gemar makan sirih kerana khuatir gigi mereka kuning dan mulut berbau kurang enak. Walau bagaimanapun         setiap amalan ini ada sigenifikannya. Saat diijapkabulkan seribu satu perasaan mulai meraja perasaan. Perasaan mula menjadi tegang dan system tubuh tidak normal. Kadangkala perbuatan hormone juga menyebabkan perut sentiasa mahu membuang air kecil dan mudah dimasuki angin. Mka saat inilah pentingnya memakan sirih kerana ia mampu meredakan ketegangan dan mengelakkan angin memasuki perut.
Daun sirih yang disapu kapur cengkih dan gambir bertindak mengelatkan air liur yang seterusnya mampu mengelakkan mulut berbau, mengharumkan mulut dab memerahkan lidah. Sebelum itu, sirih terlebih dahulu akan dijampi sebagai penguat semangat, mengelakkan darah gemuruh dan menaikkan seri pengantin.
Amalan dan adat resam adalah warisan bangsa yang patut kita agungkan. Selagi ia tidak menyonsang akal dan agama, ia boleh diterima dan diadaptasikan mengikut kesesuaian dalam kehidupan seharian. Lagipun kerana adat resamlah budaya kita kaya dan unik daripada bangsa lain. Tidak keterlaluan jika dikatakan kerana adatlah kita bertemadun dan mampu membina bangsa gemilang. – Keluarga. Feb 2007

LAZIMNYA bagi bakal-bakal pengantin, menjadi raja sehari adalah suatu hari yang penuh bermakna dalam hidup mereka dan sering ditunggu-tunggu oleh setiap orang.
Biasanya untuk menyambut hari yang penuh bersejarah itu, pelbagai persiapan penting bagi seseorang pengantin seperti pelamin, pakaian, perhiasaan, bunga telur dan serba kelengkapan perlu disediakan lebih awal lagi.
Dalam hal ini, mak andam juga tidak ketinggalan turut memainkan peranan penting bagi bakal pengantin kerana menjadi raja sehari tidak akan lengkap tanpa kehadiran mereka.
Sejak zaman tradisi lagi, mak andam dianggap sebagai orang yang mahir dalam mencantikkan dan menaikkan 'seri' wajah seseorang pengantin.
Sehubungan itu baru-baru ini, Ally and Catt Academy telah menganjurkan satu kursus mengandam bertempat di Hotel Grand Continental Alor Setar, Kedah bertujuan mencungkil bakat-bakat mak andam di samping menggalakkan kaum wanita yang berminat dalam bidang tersebut menyertai program khas itu.
Kursus yang berlangsung selama empat minggu berturut-turut itu berjaya menampilkan bakal-bakal mak andam yang berpotensi untuk mengorak langkah dengan lebih jauh lagi dalam dunia andaman di negara ini.
Pengajar kursus tersebut, Catt berkata, melalui program yang dijalankan ini, mereka cuba mencungkil bakat baru dan menampilkan mak andam yang berbeza dari zaman dahulu.
"Mak andam zaman moden kini mempunyai penampilan yang semulajadi dari segi mekap, pakaian dan barang-barang kemas sebagai hiasan,'' katanya ketika ditemui.
Menurutnya, kursus tersebut lebih bersifat moden dengan menggunakan mekap berdasarkan warna kulit yang bersesuaian dan menggunakan beberapa pendekatan yang terbaru.
Catt juga berkata, kursus ini dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu pakaian, aksesori dan kreativiti yang akan diadakan di seluruh Malaysia termasuk Perlis, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Salah seorang daripada peserta kursus tersebut Wan Azizah Ahmad, 36, dari Pulau Pinang berkata, program ini memberi pendedahan yang lebih luas kepadanya untuk mengetahui teknik-teknik terbaru tentang andaman.
"Misalnya, saya dapat mengetahui cara andaman yang sangat ringkas dan cepat terutamanya untuk majlis perkahwinan dan majlis-majlis rasmi," katanya.
Sebelum ini dia juga pernah mengikuti pelbagai kursus andaman di dalam negeri dan luar negara termasuklah Indonesia dan Brunei.
"Setiap mak andam perlu mengikuti aliran semasa seperti juga dunia fesyen dan sering berubah agar sentuhan mereka sentiasa menepati cita rasa terkini,'' katanya yang turut memiliki beberapa jenis perniagaan termasuklah salun kecantikan dan restoran makanan.
"Setiap tenaga pengajar itu mempunyai teknik yang berbeza dalam segala segi, pendek kata setiap pengajar mempunyai caranya yang tersendiri,'' katanya.
Sementara itu seorang lagi peserta Salma Shaari, 32, dari Taman Nuri berkata, minatnya yang terlalu mendalam dalam bidang andaman menyebabkan dia menyertai kursus tersebut untuk menambahkan lagi pengetahuan.
"Dengan menyertai kursus ini, saya rasa lebih yakin untuk maju dan mengembangkan lagi bidang andaman di negeri ini,'' katanya yang kini dalam persediaan untuk membuka sebuah salun di Jalan Tun Razak di sini.
Seorang lagi peserta Khaizurina Khalid, 26, berkata, kursus tersebut mendedahkannya tentang cara mengandam dengan menggunakan teknik terbaru yang berbeza dari zaman dulu.
"Kita diajar tentang cara untuk menaikkan seri pengantin dengan menggunakan mekap yang sesuai dengan warna kulit dan mata,'' katanya yang juga mempunyai salun kecantikannya sendiri.
Sebelum itu katanya, dia menjalankan perniagaannya dengan bergerak dari rumah ke rumah untuk mendapatkan pelanggan sehinggalah dia membuka perniagaannya sendiri di Jalan Kota di sini.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,adat bermaksud 1. peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulu kala) di dalam sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi), 2. cara yang sudah menjadi kebiasaan, sifat, dan kebisaan. Adat istiadat sebagai suatu tatatertib yang dilakukan dalam satu-satu upacara. Ia menjadi norma atau perlakuan sesuatu masyarakat dan menjadi pegangan yang dianuti. Adat istiadat mempunyai hubungan dengan kepercayaan keagamaan dalam masyarakat manusia pada zaman purba. Adat istiadat yang bercorak upacara atau ritual menjadi satu ciri budaya yang universal dalam kalangan pelbagai bangsa pada zaman primitif. Upacara adat bagi setiap individu bermula seawal dalam perut ibu. Bermula dengan adat melenggang perut, upacara bersalin, membelah mulut bayi, menanggalkan tali pusat, adat bercukur, memijak tanah, naik buaian, bertindik telinga bagi kanak-kanak perempuan, upacara perkahwinan dan kematian. Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya. Kehidupan sehari-hari sangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya. Dan kebiasaan ini telah menjadi amalan turun-temurun zaman-berzaman yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, begitulah amalan-amalan tertentu ini tetap diamalkan walaupun arus kemodenan telah lama menyerapi kehidupan masyarakat Melayu di negara kita ini.

2.0 ADAT BERANDAM, BERASAH GIGI DAN BERLIMAU

Adat Berandam dan Berasah Gigi

Biasanya bagi masyarakat Melayu zaman dahulu, adalah menjadi adat untuk mengandamkan anak dara yang bakal dikahwinkan lebih kurang tiga hari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Anak dara tersebut akan diandam oleh tukang andam yang memang kerjanya mengambil upah menjadi emak pengantin dan beliaulah yang akan menguruskan semua kerja-kerja menyiapkan dan mengandam pengantin. Pengertian berandam itu ialah perempuan yang hendak dikahwinkan perlu dicukur dan diperelokkan bentuk bulu keningnya dan dicukur andam anak rambut di sepanjang dahinya. Kemudian, gigi anak dara itu akan diasah dengan sejenis batu pengasah gigi supaya saiz dan kedudukan gigi dapat disama ratakan. Selepas diratakan, anak dara tersebut akan dibagi buah pinang untuk digigit. Semua ini dilakukan oleh orang tua-tua zaman dahulu dengan tujuan yang baik, iaitu untuk menambah kecantikan dan seri kepada anak dara tersebut.  Berandam dan berasah gigi diamalkan pada zaman silam, bersama-sama istiadat yang berkenaan, tiga hari atau lebih sebelum hari akad nikah. Rambut pengantin perempuan di dahi serta bulu keningnya dipepat (seringnya, pengantin lelaki juga mengamalkan adat ini). Kemudian, gigi pengantin perempuan diasah dan dikilap supaya menjadikannya sama rata dan berkilat. Tugas ini dilakukan oleh seorang tukang andam yang juga merupakan “emak pengantin” (bukan ibu sebenar). Bagaimanapun, amalan ini kini sudah lapuk, dan hanya adat berandam diamalkan oleh pengantin perempuan di kawasan luar bandar pada hari ini (pengantin lelaki tidak lagi mengamalkan adat ini), manakala orang bandar Melayu lebih suka menghantar bakal pengantin perempuan kekedai solek yang banyak terdapat di semua bandar di Malaysia. Walaupun demikian, di kawasan-kawasan terpencil, masih terdapat orang Melayu yang mematuhi peribahasa, “Biar mati anak, jangan mati adat”.

Adat Berlimau

Setelah sempurna kedua-dua pengantin suami isteri itu menunaikan satu daripada hikmah perkahwinan, maka akan diadakan sekali lagi persandingan di atas pelamin. Namun, pengantin tidak akan dipakaikan dengan pakaian pengantin dan persandingan ini hanya melibatkan sanak saudara sahaja. Setelah bersanding, kedua-duanya akan turun duduk di bangku yang terletak di tengah tengah rumah itu dan di-sinilah dijalankan upacara mandi-mandian dan bersintok limau sebagai menandakan persatuan antara kedua pengantin suami isteri itu telah sempurna dan selamat. Setelah kedua-duanya selesai dimandi dan disintok limaukan mengikut syarat, mereka pun dibawa oleh emak pengantin ke bilik peraduan pengantin dengan keadaan suami memimpin isterinya dengan memegang sehelai sapu tangan masuk ke bilik. Manakala di luar, sekalian hadirin yang ada akan menyiram air tersebut sesama mereka sambil bersuka ria. Air yang digunakan untuk upacara ini disediakan dalam pelbagai warna bagi menambah kecantikannya dan dianggap sakral bagi masyarakat Melayu.
Kain basahan yang dipakai oleh pengantin suami isteri itu mengikut adat tidak boleh diambil oleh mereka. Kain tersebut akan dijadikan hadiah pemberian kepada emak pengantin. Menurut adat Melayu, bukan sahaja kain basahan itu tidak boleh diambil semula oleh kedua pengantin itu malah mereka juga ditegah untuk memerah sendiri kain tersebut. Ini semua bertujuan untuk membuang rasa takut atau menolak bala daripada kedua-dua pengantin itu. Kain tersebut akan diambil dan disimpan oleh emak pengantin bagi membantu membuang dan menjauhkan bala.
Sebelum istiadat mandi limau dijalankan, terdapat satu adat yang amat penting pada zaman silam tetapi kini telah lapuk. Pada awal pagi selepas malam bersatu, emak pengantin akan menanyakan bukti yang konkrit daripada pengantin lelaki tentangkeperawanan pengantin perempuannya. Mengikut adat, pengantin lelaki akan menyerahkan sehelai sapu tangan berwarna putih yang memberikan bukti yang diperlukan. Emak pengantin kemudian akan menunjukkan sapu tangan itu mula-mulanya kepada ibu bapa pengantin perempuan dan kemudian yang paling penting sekali kepada ibu bapa pengantin lelaki. Pada zaman silam, bukti tentang keperawanan pengantin perempuan adalah amat penting kepada orang Islamumumnya. Penyerahan bukti sebelum istiadat mandi limau adalah wajib dan amat penting sehingga ketiadaan bukti hampir selalu menimbulkan masalah yang seringnya mengakibatkan perceraian serta-merta.
Selepas kedua-dua pasangan ibu bapa pengantin lelaki dan pengantin perempuan telah memuaskan diri tentang kesucian pengantin perempuan, istiadat mandi limau akan dijalankan. Kedua-dua suami isteri sekali lagi berduduk di atas pelamin dalam pakaian yang terbaik di hadapan sekumpulan tetamu yang terdiri daripada saudara, jiran, dan kawan rapat kedua-dua keluarga. Untuk istiadat ini, mereka tidak berpakaian pengantin tetapi memakai pakaian Melayu yang biasa. Selepas berduduk selama sepuluh hingga lima belas minit, mereka akan di bawa turun dan didudukkan pada sebuah bangku atau dua buah kerusi di ibu rumah atau bilik yang lain di rumah. Mandi istiadat dilakukan oleh emak pengantin, dan terdiri daripada memercikkan airsintuk dan limau purut pada kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan.
Selepas upacara ini disiapkan, pengantin lelaki akan membawa pengantin perempuan balik ke bilik tidur dengan setiap mereka memegang salah satu hujung sapu tangan. Sarung yang digunakan oleh kedua-dua suami isteri dalam istiadat mandi diberikan kepada emak pengantin, bukan sahaja sebagai hadiah tetapi juga sebagai tolak baladan buang geruh. Kedua-dua pengantin tidak dibenarkan memerah air dari sarung tersebut, apa lagi dengan menyimpannya.
Seluruh adat ini yang dipegang teguh pada zaman silam kini tidak lagi diamalkan sama sekali oleh hampir semua (jika bukan semua) orang Melayu.
 5.0 HASIL TEMURAMAH

Tempat: Kampung Pengkalan Pauh, Pasir Puteh, Kelantan
Masa     : 4:00 petang          

            Tepat jam 4 petang, saya yang ditemani oleh Mek Limah (Puan Halimah Bt Salleh) telah menemui Tok Chik (Puan Aminah Bt Haji Hassan) di rumah beliau yang kebetulannya riuh rendah dengan kehadiran anak dan cucu-cucunya yang baru pulang ke kampung. Saya telah dibawa untuk berjumpa dengan Puan Aminah Bt Haji Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Tok Chik yang sudah berumur 84 tahun apabila saya meminta Puan Halimah menemukan saya dengan orang yang paling berpengalaman di kampung tersebut dalam bidang andaman atau  yang pernah menjadi juru andam.
Setibanya saya di rumah Tok Chik, beliau telah siap sedia untuk ditemuramah. Beliau menyediakan pelbagai bahan yang digunakan untuk tujuan berlimau dan berasah gigi Sepanjang sesi temuramah pada petang tersebut yang turut ditemuramah ialah Mek Limah yang juga bekas mak andam di kampung terbabit. Pada akhir sesi temuramah Tok Chik dan Mek Limah menyediakan beberapa bahan yang digunakan bagi tujuan adat berandam, berasah gigi dan berlimau namun menurut Tok Chik, bahan yang lain tidak dapat disediakan kerana beliau sudah lama meninggalkan bidang andaman. Namun begitu saya berpuas hati dapat menemuramah Tok Chik dan Mek Limah kerana saya dapat mengetahui tentang kajian yang saya kaji dengan lebih mendalam.

Peringkat kedua

[sunting]Berandam dan berasah gigi

Berandam dan berasah gigi diamalkan pada zaman silam, bersama-sama istiadat yang berkenaan, tiga hari atau lebih sebelum hari akad nikah. Rambut pengantin perempuan di dahi serta bulu keningnya dipepat (seringnya, pengantin lelaki juga mengamalkan adat ini). Kemudian, gigi pengantin perempuan diasah dan dikilap supaya menjadikannya sama rata dan berkilat. Tugas ini dilakukan oleh seorang tukang andam yang juga merupakan "emak pengantin" (bukan ibu sebenar).
Bagaimanapun, amalan ini kini sudah lapuk, dan hanya adat berandam diamalkan oleh pengantin perempuan di kawasan luar bandar pada hari ini (pengantin lelaki tidak lagi mengamalkan adat ini), manakala orang bandar Melayu lebih suka menghantar bakal pengantin perempuan ke kedai solek yang banyak terdapat di semua bandar di Malaysia. Walaupun demikian, di kawasan-kawasan terpencil, masih terdapat orang Melayu yang mematuhi peribahasa, "Biar mati anak, jangan mati adat".
Selepas berandam, pengantin perempuan akan mandi dengan air sintuk-limau yang dianggap secara tradisi sebagai dapat menghapuskan nasib malang pada pengantin perempuan.
Selepas mandi istidat itu dan sebelum bakal pengantin perempuan tidur pada malam yang sama, sepuluh hujung jarinya dan pusat kedua-dua tapak tangan serta pinggir tapak kaki diinai dan dibiarkan kering sehingga pagi berikut. Ini adalah amalan berinai yang sebenar dan mendahului apa yang dikenali sebagai istiadat berinai.

Adat berandam again

Masa terus berlalu meninggalkan apa jua yang pernah di lakukan sejak lama dahulu. Antara adat yang semakin ditinggalkan ialah potong berandam dan mandi bunga yang sejak turun temurun dilakukan oleh mak andam dulu-dulu sebelum pengantin perempuan melangsungkan majlis perkahwinan. Ia seolah-olah ditinggalkan dengan beberapa kepercayaan bahawa adat lama khurafat serta langsung tidak memberi manfaat. Pendapat ini disangkal oleh Puan Halimah atau lebih dikenali sebagai. Baginya, adat potong andam dan mandi bunga sebenarnya tidak khurafat kerana disertai dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Malahan adat seperti inilah yang harus diteruskan oleh generasi kini untuk tampil lebih yakin dan berseri di hari indah ini.

Sebenarnya segala apa yang dilakukan oleh mak andam dulu-dulu mempunyai tujuan yang tersendiri. Antaranya ialah menaik seri wajah pengantin, memantapkan pengisian rohani dan menolak bala agar di jauhi dari gangguan syaitan semasa hari perkahwinan. Dalam apa jua perkara yang dilakukan, mak andam akan membaca ayat-ayat suci Al-Quran supaya bakal pengantin dilindungi dari sebarang perkara buruk.

Info Tentang Adat Berandam

* Apabila melangkah ke alam perkahwinan, mak andam akan bawa bakal pengantin melangkah dengan pengisian rohani yang mantap dengan mendekati Allah dan mengucap dua kalimah syahadah, istigfar, ayat Kursi, ayat Fatehah dan ayat-ayat Qul. Dengan ini bakal pengantin akan lebih tenang dan yakin, seterusnya tampak lebih berseri.

* Perbezaan antara pengantin yang berandam dan tidak berandam boleh dilihat dari segi karektornya. Biasanya pengantin yang berandam akan lebih yakin, sopan, segala perbuatan dapat petunjuk, orang memandang dengan pandangan yang penuh kasih. Walau pengantin pada zahirnya wajahnya tidak secantik mana, namun orang lebih terpesona dan memuji karektornya yang lemah lembut. Berbeza dengan pengantin yang tidak berandam, jiwanya kosong dan mudah bersikap kurang wajah atau kurang sopan sebagaimana layaknya pengantin baru seperti ketawa mengilai-ngilai, tidak tahu diam dan selalu menggelabah. Orang yang memandang pun akan merasa kurang senang dengan perbuatan tersebut.

Kini, mandi bunga boleh dilakukan secara sendirian di salun-salun atau pusat rawatan kecantikan tanpa kehadiran mak andam. Namun begitu, sejak dulu-dulu, mak andam berperanan menjaga bakal pengantin dengan acara mandi bunga dan berlimau ini. Mandi bunga seakan tidak dapat dipisahkan kerana ia acara kemucak dalam menaikkan seri pengantin.

* Bunga-bunga lama seperti melur, cempaka, kenanga, mawar dan sundal malam mempunyai wangian yang hebat sekali gus menghasilkan tenaga yang kuat dan bergabung pula dengan kekuatan getaran tenaga air. Untuk memilih air mandian pula, seelok-eloknya ialah air yang mempunyai tenaga yang kuat seperti air terjun dan air dari kolah masjid. Air terjun akan memberikan tenaga yang kuat manakala air dari kolah masjid pula membawa getaran yang lebih kuat kerana di bawa gelombang ayat-ayat suci Al-Quran. Kombinasi air dan bunga-bunga ini akan membuatkan pengantin lebih yakin dan berseri.

* Mengikut Kaedah Terapi Warna, cara yang paling berkesan untuk menaik seri wajah dengan berkesan ialah dengan kaedah warna manakala Hukum Sains Fizik pula menyatakan tenaga terkandung dalam semua benda hidup, manusia dan haiwan mendapat tenaga dari apa yang di makan berbanding tumbuhan mendapat tenaga terus dari matahari melalui proses fotosintesis. Jadi bayangkan berapa kuatnya tenaga yang dihasilkan oleh bunga dari tumbuh tumbuhan ini. Jadi secara logiknya mandi bunga sebenarnya mempunyai tenaga spiritual yang kuat dari bungabungaan ini. Malahan tubuh si dara juga akan lebih harum dengan wangian dari bunga dan kandungan limau purut ini.

* Bagi adat ‘makan sireh’ pula ia dianggap sebagai perbuatan kuno dan hanya menyebabkan bibir merah dan berbau kurang enak. Namun begitu, sebenarnya setiap perbuatan yang dilakukan tentu ada sebab dan musabab yang tersendiri. Saat menjelang pernikahan, hati tentu merasa tidak tenteram dan gemuruh, apatah lagi biasanya pengantin lelaki dan perempuan tidak pernah bertemu antara satu sama lain.

* Jadi bila perasaan gemuruh, sistem badan akan berubah menyebabkan dengan tiba-tiba sakit perut dan sering ke bilik air. Jadi di sinilah terletak peranan makan sireh iaitu mengelakkan dari perut masuk angin dan meredakan ketegangan. Daun sireh yang disapu kapur, cengkih dan gambir mempunyai fungsi yang tersendiri. Daun sireh akan mengelatkan air liur mengelatkan air liur seterusnya mengelakkan bau yang tidak diingini. Cengkih pula bertindak mengharumkan mulut dan gambir memerahkan lidah supaya nampak lebih segar.

FASAL KEDUA - BERANDAM DAN BERASAH GIGI.
Biasa-nya masa dahulu (tidak banyak lagi dijalankan sekarang ini walau pun di-kampong2) lebeh kurang tiga hari sa-belum kerja kahwin itu di-mulakan maka ada-lah di-'adatkan ia-itu anak dara yang hendak di-kahwinkan itu di-andam oleh tukang andam yang memang kerja-nya mengambil upah menjadi 'emak pengantin' dan dia-lali juga menjadi tukang andam. Erti-nya berandam itu ia-lah perempuan yang hendak kahwin itu di-chukor dan di-perelokkan bentok bulu kening-nya dan di-chukor andam anak rambut di-sapanjang dahi-nya, dan kemudian gigi si-anak dara itu pun di-asah dengan sa-jenis batu pengasah gigi supaya mana2 yang ta' sama gigi itu di-persamakan. Di-lakukan demikian oleh orang tua2 dahhlu itu ia-lah dengan tujuan yang baik, ia-itu kerana hendak menambah kechantekan anak dara itu, walau pun sabalek-nya pada fikiran orang masa sekarang ini.
Sa-telah selesai di-andam dan di-asah gigi-nya maka anak dara itu pun di-mandikan serta di-bedak, akhir-nya di-mandikan dengan ayer daun dan buah Iimau purut serta di-sintok langir sa-kah, kerana yang demikian ada-lah di-'adatkan sebab keperchayaan orang tua2 dahulu bahawa perbuatan yang demikian itu boleh membuang geroh, sial, malang dan malapetaka daripada anak dara itu, konon.
Apabila telah siap di-mandikan maka hujong kesapuloh2 jari tangan, di-tengah2 kedua belah tapak tangan dan di-sakeliling kedua belah kaki anak dara itu di-hinaikan. Menepek hinai ini di-lakukan terlebeh dahulu daripada di-jalankan 'adat berhinai di-pelamin.

Bakal pengantin perempuan kini lebih gemar guna khidmat jurusolek moden
Melangkah ke alam perkahwinan bagi kebanyakan bakal pengantin ia adalah sesuatu yang mendebarkan. Malah, semakin hampir tarikh yang ditetapkan, semakin itulah kencangnya debaran di hati apabila menantikan saat itu.
Menyedari perkara itulah pada zaman dulu, mak andam adalah antara individu yang sangat penting di dalam sesebuah majlis perkahwinan orang Melayu. Sebut saja hal perkahwinan mesti ada mak andam yang bertanggungjawab secara menyeluruh; daripada menjaga protokol majlis hinggalah kepada kesempurnaan penampilan pengantin termasuk, menjaga pengantin secara rohani dan jasmani.
Apa yang pasti, pengisian rohani bagi bakal pengantin yang akan menaiki jinjang pelamin oleh mak andam dilihat begitu penting dijaga agar mempelai berasa lebih tenang, tidak gemuruh dan yakin khususnya ketika bersanding di atas pelamin.
Begitu juga dengan penjagaan jasmani supaya pengantin kelihatan cantik, berseri dan sopan. Detik itu, pengantin akan dilihat mulia apabila dijaga oleh mak andam dan ia ibarat Mak Inang yang menjaga puteri raja.
Lebih unik dan menariknya, bagi masyarakat Melayu zaman dulu, adat untuk mengandamkan anak dara yang bakal dikahwinkan dibuat lebih kurang tiga hari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan.
Anak dara yang akan memasuki alam perkahwinan akan diandam oleh juruandam dan sudah dikenali memang kerjanya mengambil upah menjadi ‘emak pengantin’.
Juruandam, Meriam Sedit atau lebih dikenali sebagai Kak Yan, berkata walaupun adat berandam jarang dilakukan hari ini, ia sewajarnya dikekalkan sebagai persediaan awal bakal pengantin menghadapi segala kemungkinan hari bersejarah iaitu pada hari perkahwinannya.
Kak Yan, berkata ramai daripada kalangan kita yang tidak mahu berandam kerana menganggapnya kerja remeh dan lebih-lebih lagi kebanyakannya sibuk dengan urusan harian serta sering diburu masa walaupun hari perkahwinan sudah semakin dekat.
“Ada juga yang tidak mempercayai mengenai adat berandam ini dan menganggapnya sebagai karut semata tanpa mengetahui kepentingan kepada bakal pengantin itu sendiri. Tetapi bagi saya, pengantin mesti berandam kerana adat ini adalah proses menaikkan seri pengantin dan perbezaan wajah akan ketara jika bakal pengantin tidak diandam berbanding dengan yang diandam,” katanya ketika di temui di butik andaman milik sendiri yang dikenali Yan Seri Andam.
Beliau yang berpengalaman 20 tahun dalam bidang mengandam berkata, berandam sebenarnya membentuk disiplin, di samping membantu pengantin memadamkan rasa gelisah dalam diri dan supaya tampak manis serta sentiasa tertib atau tidak ‘lepas laku’ ketika bersanding.
Katanya, pada masa kini ramai yang menganggap, kerja mengandam sekadar membuat solekan muka dan dandanan rambut saja. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa mak andam ada tanggungjawab tersendiri dan seharusnya melengkapkan diri dengan keperluan yang lengkap apabila memulakan urusan mengandam. Tugas mengandam pula merangkumi dari hujung rambut hingga ke kaki.
“Apabila memperkatakan berandam pengantin, ramai di kalangan kita yang hanya mengaitkannya memantis dan mencukur kening, tetapi sebenarnya ada beberapa perkara penting yang perlu dilakukan Mak Andam.
“Bagaimanapun, tidak dinafikan dalam adat potong andam sememangnya perkara sedemikian dilakukan kepada pengantin dan antara tujuan utamanya, diumpamakan sebagai mencari ketenangan di dalam diri mereka.
“Aspek psikologi dalam diri bakal si pengantin harus diambil kira memandangkan dia akan melangkah ke alam baru yang lebih bermakna,” katanya.
Kak Yan berkata, oleh kerana pasangan yang hendak berkahwin dihimpit ujian oleh godaan syaitan maka ayat dan surah al-Quran akan digunakan serta dibaca kepada pengantin sebagai ‘pendinding’ supaya dapat menempuh hari perkahwinan tanpa ada sebarang kecacatan.
Bacaan dan surah yang biasa digunakan seperti ayat Kursi, al-Fatihah, surah Yusuf serta selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
“Membaca doa seumpama itu penting untuk memantapkan rohani pengantin dan sebagai usaha memohon kepada Allah agar sempurna semuanya sehinggalah ke akhir majlis perkahwinan itu.
“Pokoknya, doa yang dibaca adalah untuk meminta kesejahteraan pengantin dan memastikan dirinya cantik seperti bidadari atau hebat setiap kali tetamu memandangnya serta dijauhkan daripada sebarang khianat dan malapetaka,” katanya.
Mengenai acara yang dilakukan dalam adat berandam, Kak Yan berkata, antaranya termasuklah mandi bunga. Biasanya pelbagai jenis bunga digunakan dan ia diramas terlebih dulu untuk mengambil pati sarinya kemudian dicampurkan ke dalam air sebelum pengantin berendam di dalamnya.
Antara tujuan mandi bunga ialah meredakan emosi dan menyegarkan badan. Malah, secara saintifik dan mengikut hukum fizik tenaga air dan haruman bunga sebenarnya memang berupaya untuk memberikan keharmonian dan kesejahteraan pada minda serta fizikal.
Ketika ditanya tujuan mencukur bulu roma pada wajah katanya, ia membolehkan solekan tampak lebih daripada biasa di samping, jika pengantin berpeluh ia tidak mengalir di celah bulu roma sehingga menjejaskan solekan. Memantis kening pula adalah bertujuan untuk membezakan antara lelaki dan perempuan.
Bagaimanapun, apa yang pasti hari ini peranan mak andam walaupun dilihat masih penting dan diperlukan, tugas dipikul tidaklah seberat dulu yang terpaksa menjaga bakal pengantin dari awal hingga selesai majlis perkahwinan.
Tugas utama yang dilakukan juruandam hari ini sebaliknya, lebih menitikberatkan dandanan dan menyolek paras wajah pengantin supaya tampak jelita serta berbeza daripada solekan hari-hari biasa serta memastikan persalinan pakaian mempelai lengkap dan secocok digayakan.
Malah, bagi masyarakat bandar dan individu yang dilingkari gaya hidup moden, kebanyakan tugas Mak Andam lebih banyak diganti atau diambilalih oleh jurusolek. Selain itu dulu mak andam lazimnya di kalangan orang tua yang berkemahiran dan berpengetahuan luas, khususnya berkaitan rahsia serta hal rumah tangga dan membuatkan dirinya dihormati masyarakat.
Kini, usia bukan lagi persoalan utama untuk bergelar mak andam dan ada kala individu yang menjadi juru andam masih lagi anak dara atau belum ada pengalaman melalui gerbang perkahwinan. Apa yang lebih penting, selagi mempunyai kemahiran bersolek dan berdandan, ia sudah cukup syarat untuk melaksanakan tugas sebagai juru andam.
Menarik mengenai adat berandam zaman dulu
Pengertian berandam itu sebenarnya ialah wanita yang hendak dikahwinkan perlu dicukur dan diperelokkan bentuk bulu keningnya dan dicukur andam anak rambut di sepanjang dahinya.
Kemudian, gigi anak dara itu akan diasah dengan sejenis batu pengasah gigi supaya saiz dan kedudukan gigi dapat di sama ratakan. Semua ini dilakukan oleh orang tua-tua zaman dulu dengan tujuan yang baik, iaitu untuk menambah kecantikan dan seri kepada anak dara berkenaan.
Selepas selesai diandam dan diasah gigi, anak dara itu akan dimandikan serta disapukan bedak. Bakal pengantin akan dimandikan dengan air daun buah limau purut dan Mak Andam akan menjalankan upacara sintok langir yang mengikut kepercayaan, upacara itu akan membuang rasa takut, sial, malang dan malapetaka yang bakal mengganggu anak dara berkenaan.
Apabila siap dimandikan, maka hujung sepuluh jari tangan, di tengah-tengah kedua belah tapak tangan dan di sekeliling kedua belah kaki anak dara itu akan diinaikan. Upacara menepek inai ini dilakukan terlebih dulu sebelum adat berinai di pelamin dijalankan.