Monday, 25 February 2013
Paradigma ruang, masa dan pemikiran manusia kadangkala
megundang suatu dimensi baru. Ini kerana manusia tidiak akan kekal
ditakuk lama dengan cara hidup yang sama dari zaman berzaman. Perilaku atau
amalan yang diamalkan kini mungkin tidak lagi diamalkan pada masa yang akan
dating seperti mana amalan dahulu kala yang tidak lagi atau semakin dilupakan
pada hari ini.
Antara amalan yang semakin ditinggalkan ialah potong andam
atau mengandam pengantin sebelum menempuh alam perkahwinan. Adat ini dipercayai
mampu menaikkan seri, memantapkan pengisian rohani dan melindungi pengantin
daripada bala, hasad dengki dan gangguan syaitan semasa majlis perkahwinan.
Walaupun amalan ini sarat dengan pengisian dalam memantapkan
rohani dan jasmani pengantin, namun amalan ini sering dilanda kontroversi yang
menuntut penjelasan yang munasabah. Tambahan pula ada sesetengah pendapat yag
menyatakan amalan mengandam adalah syirik dan pengamalannya tidak bermanfaat.
Pandangan tersebut dinafikan sekeras-kerasnya oleh Mehran
Sedit, 44, bersama hujah yang tersendiri. Bliau yang lebih mesra dengan
panggilan Kk Yan mengajak masyarakat menyoroti kembali inti pati proses
mengandam ini.
“ Mengandam adalah proses mencantik dan menaikkan sri
pengantin dari segi rohani dan jasmani. Pengantin yang menjalani proses
mengandam digalakkan untuk mengingati kebesaran Pencipta dengan cara berdoa dan
membaca ayat suci Al-Quran seperti berselawat ke atas Nabi, megucap dua kalimah
syahadah, membaca Surah Al-Fatihah, ayat tiga Qul dan beristigfar. Bacaan ini
dipraktikkan bersama niat dan hati yang tulus ikhlas agar dilindungi dan
dijauhi daripada sebarang gangguan syaitan dan perbuatan khianat manusia.”
Beliau juga menekankan bahawa amalan mengandam perlu
dipertahan dan diperjuangkan supaya tidak terus hilang dalam pengedaran waktu
dan zaman. Baginya amalan mengandam bukan sahaja untuk cantik semata-mata malah
ia mampu memberikan ketenagan jiwa, meningkatkan keyakinan diri, pengantin
tampil sopan dalam bertingkah laku Pengantin yang tidak berandam dikatakan
jiwanya lebih kosong, mudah menggelabah dan bertingkah laku dan lebih tenang.
Mengandam juga dikatakan mampu melahirkan kasih dan saying
suami terhadap isteri dan tetamu yang berkunjung dengan pengamalan ayat-ayat
Al-Quran yang tertentu. Pengantin yang tidak berandam dikatakan jiwanya lebih
kosong, mudah menggelabah dan bertingkah laku kurang sopan. Menurut Kak Yan
lagi, kelebihan mengandam juga membuatkan tetamu lebih terpesona memandang
pengantin walaupun wajahna tidak secantik mana kerana terpaut pada tingkah
lakunya yang tenang, lemah lembut dan sopan.
Walaupun begitu, Kak Yan mengakui bahawa mengandam
hanyalah salah satu usaha pengantin untuk tampil sempurna pada hari bahagia dan
bukannya bertujuan untuk mengubah ciptaan Tuhan secara total. Lagipun, bukan
smua bulu kening yang akan dicukur kerana ia akan mengubah wajah asal sehingga
menghilangkan kesalian wajah sebenar pengantin. Cukuplah sekadar membuang bulu
yang mengganggu proses solekan yang menghalang naiknya seri ajah supaya
kelihatan cantik dan manis dipandang.
Baginya, setiap perbuatan yang kita lakukan pokok pangkalnya
bergantung kepada niat dan keihklasan hati. Beliau juga sering berpesan kepada
pengantin supaya sentiasa mengingati kebesaran Allah s.w.t dalam setiap
perbuatannya. Pengantin juga perlu yakin bahawa kecantikan dan wajah yang
tampil berbeza selepas mengandam adalah juga kurniaan dan kebesaran
yang Esa bukannya kuasa mengandam atau mak andam. “Kita hanya berusaha, Tuhan
yang akan menentukan segalanya. Bagi Kak Yan, tidak salah berusaha untuk
kelihatan cantik untuk tatapan suami dan kaum kelaurga.”
Bagi merungkai kontroversi berandam, Pensyarah Jabatan
Siasah Syariah, Universiti Maaya, Sharifah Hayatee berkata, jelas dalam hadis
riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud bahawa Rsulullah bersabda: “Allah
melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu keningnya atau bulu muka atau meminta
orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya, wanita yang mengasah gigi
supaya kelihatan cantik.” Jelas perbuatan mencukur tersebut adalah berdosa
dan haram di sisi Islam.
Beliau mengakui bahawa tindakan membaca doa dan ayat-ayat
suci Al-Quran adalah bagus dalam proses mengandam tetapi mencukur bulu kening
dan bulu-bulu di seluruh badan tetap dilaknat dalam Al-Quran. Hanya dua tempat
sahaja yang disunatkan untuk bercukur adalah bulu ari-ari dan bulu ketiak
setiap 40 hari untuk mengelakkan syaitan bergntung di temapt tersebut.
Menurut lagi, syirik atau khurafatnya amalan mengandam
berhgantung kepada penyelewengan terhadap akidah. Jika amalan itu tidak
menyongsang agama, ia tidak syirik. Apa pun beliau berpendapat sebagai manusia,
kita perlu mengagungkan kebsarn Tuhan dan menunaikan yang wajib iaitu
kesempurnaan dalam membina masjid dan bukannya mahu kelihatan cantik
semata-mata.
Berdasarkan pendapat Pengarah Pusat Islam Universiti Putra
Malaysia, Dr Amini Amir Abdullah bin Mas’ud: Allah melaknat orang yang membuat
tatu, yang diminta membuat tatu untuknya, yang mencabut bulu di mukanya, yang
meminta dicabutkan bulu mukanya dan orang yang menjarangkan gigi untuk
kecantikan, kerana mereka telah menukar ciptaan Allah. Namun beliau juga ada
merujuk hadis daripada Aisyah apabila isteri Abu Ishaq yang bertanya tentang
hokum wanita yang membuang bulu yang terdapat di dahi demi menambat hati suami.
Lalu Aisyah menjawab perbuatan tersebut tidak dilaratg.
Walau bagaimanapun jika mem buangnya
sampai habis sehingga mengubah fitrah asal adalah diharamkan. Amini menjelaskan
lagi,, menurut Imam Nawawi, adalah digalakkan bagi wanita yang mempunyai misai
dan janggut yang panjang supaya mencabutnya. Walaupun perbuatan begini
tergolong dalam perbuatan yang mengubah ciptaan Allah s.w.t tetapi diharuskan
untuk mengelakkan wanita itu berasa aib tatkala brdepan dengan masyarakat.
Wanita harus sedar bahawa seri wajah terutamanya bukan lahir
dari rupa paras yang elok semata-mata. Ia adalah gabungan kesucian hati dan
penjagaan fizikal. Ii kerana hati yang luhur, murni dan ikhlas secara automatic
akan memancarkan nur pada wajah. Nur inilah yang sebenarnya menjadi dambaan
pengantin untuk tampil berseri pada hari bersejarah. Setiap perempuan juga
harus sedar bahawa apa yang Allah s.w.t ciptakan dan hiaskan di wajah dan
seluruh tubuhmu adalah sebaik-baik dan seelok-elok ciptaan. Janganlah diubah
tanpa sebab yang munasabah kerana kejadian azali adalah lebih sempurna.
PROSES MENGANDAM
Mengandam disempurnakan dengan tiga proses iaitu bercukur,
mandi bunga dan makan sirih. Amalan ini tetunya ntuk menaikkan seri pengantin
dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Semasa proses bercukur, mak andam
akan membuangkan bulu roma halus yag berselerak di wajah. Tujuannya adalah
untuk memudahkan wajah ditatarias dan solekan akan kekal sepanjang hari. Proses
bercukur juga menjadikan solekan kemas, rata dan tiada ruang untuk peluh
mengalir dicelah bulu roma. Bulu kening juga akan diukir indah terletak untuk
memberikan hasil solekan mata yang kemas, galak dan menyerlah.
Bercukur dimulakan dengan pemakaian kain putih yang sinonim
dengan pengertian suci bersih jiwa dan raga pengantin. Kain putih juga
dikatakan mampu menstabilkan emosi pengantin yang sarat dengan debaran menunggu
saat diijapkabulkan. Walaupun begitu, bagi mereka yang berketurunan kerabat
diraja, Syed atau Syarifah, kain berwarna kuning digunakan berdasarkan
pengiktirafan status mereka. Amalan ini tidak lekang dengan bacaan doa supaya
perjalanan hidup pengantin sentiasa diiringi kebahagiaan dan keharmonian.
Zahirnya tubuh manusia memerlukan tenaga untuk kekal cergas
dan segar sepanjang masa. Ini kerana bakal mempelai memerlukan kekuatan dan
kesihatan sepanjang majlis berlangsung. Justeru, proses mandi bunga dikatakan
mampu mengalirkan tenaga yang terdapat pada bunga kepada badan manusia. Mandi
bunga adalah amalan yang diamalkan oleh nenek moyang kita menyegarkan badan dan
minda.
Caranya mudah sahaja dengan meramas bung-bunga wangi dan
banyak tenaga ke dalam air. Ramasan bungaan ini akan mengalirkan tenaga dari
bunga ke dalam air yang sememangnya juga mengandungi banyak tenaga. Kombinasi
tenaga bunga dn tenaga air akan lebih baik jika air yang digunakan ialah air
terjun atau air dari kolah masjid kerana ia seing hidup dan menampung bacaan
ayat-ayat suci Al-Quran.
Bunga yang biasanya digunakan ialah bunga berbau harum
seperti bunga melur, kenanga, cempaka, ros, bunga tanjung, sundal malam,
sempaka pisang dan kembang cina. Bunga-bungaan ini akan dipetik ketika bulan mengembang.
Selain mandi bunga, pengantin juga akan dibacakan ayat suci Al-Quran, doa dan
jampi.
T egas beliau, masyarakat mudah syak wasangka dan menaitkan
jampi dengan perbuatan khurafat dan syirik. Namun menurut Kak Yan, jampi yang
dibaca adalah doa dalam bahasa Melayu dahulu kala utuk menaikkan seri pengantin
supaya kelihatan lebih cantik dan menawan daripada hari biasa. Malahan tubuh
perawan akan lebih harum dengan wangian bunga dan limau purut.
Langkah yang terakhir adalah makan sirih. Namun kebanyakan mempelai
hari ini tidak gemar makan sirih kerana khuatir gigi mereka kuning dan mulut
berbau kurang enak. Walau
bagaimanapun setiap
amalan ini ada sigenifikannya. Saat diijapkabulkan seribu satu perasaan mulai
meraja perasaan. Perasaan mula menjadi tegang dan system tubuh tidak normal.
Kadangkala perbuatan hormone juga menyebabkan perut sentiasa mahu membuang air
kecil dan mudah dimasuki angin. Mka saat inilah pentingnya memakan sirih kerana
ia mampu meredakan ketegangan dan mengelakkan angin memasuki perut.
Daun sirih yang disapu kapur cengkih dan gambir bertindak
mengelatkan air liur yang seterusnya mampu mengelakkan mulut berbau,
mengharumkan mulut dab memerahkan lidah. Sebelum itu, sirih terlebih dahulu
akan dijampi sebagai penguat semangat, mengelakkan darah gemuruh dan menaikkan
seri pengantin.
Amalan dan adat resam adalah warisan bangsa yang patut kita
agungkan. Selagi ia tidak menyonsang akal dan agama, ia boleh diterima dan
diadaptasikan mengikut kesesuaian dalam kehidupan seharian. Lagipun kerana adat
resamlah budaya kita kaya dan unik daripada bangsa lain. Tidak keterlaluan jika
dikatakan kerana adatlah kita bertemadun dan mampu membina bangsa gemilang. – Keluarga. Feb 2007
LAZIMNYA bagi bakal-bakal pengantin, menjadi raja sehari
adalah suatu hari yang penuh bermakna dalam hidup mereka dan sering
ditunggu-tunggu oleh setiap orang.
Biasanya untuk menyambut hari yang penuh bersejarah itu,
pelbagai persiapan penting bagi seseorang pengantin seperti pelamin, pakaian,
perhiasaan, bunga telur dan serba kelengkapan perlu disediakan lebih awal lagi.
Dalam hal ini, mak andam juga tidak ketinggalan turut
memainkan peranan penting bagi bakal pengantin kerana menjadi raja sehari tidak
akan lengkap tanpa kehadiran mereka.
Sejak zaman tradisi lagi, mak andam dianggap sebagai orang
yang mahir dalam mencantikkan dan menaikkan 'seri' wajah seseorang pengantin.
Sehubungan itu baru-baru ini, Ally and Catt Academy telah
menganjurkan satu kursus mengandam bertempat di Hotel Grand Continental Alor
Setar, Kedah bertujuan mencungkil bakat-bakat mak andam di samping menggalakkan
kaum wanita yang berminat dalam bidang tersebut menyertai program khas itu.
Kursus yang berlangsung selama empat minggu berturut-turut
itu berjaya menampilkan bakal-bakal mak andam yang berpotensi untuk mengorak
langkah dengan lebih jauh lagi dalam dunia andaman di negara ini.
Pengajar kursus tersebut, Catt berkata, melalui program yang
dijalankan ini, mereka cuba mencungkil bakat baru dan menampilkan mak andam
yang berbeza dari zaman dahulu.
"Mak andam zaman moden kini mempunyai penampilan yang
semulajadi dari segi mekap, pakaian dan barang-barang kemas sebagai hiasan,''
katanya ketika ditemui.
Menurutnya, kursus tersebut lebih bersifat moden dengan
menggunakan mekap berdasarkan warna kulit yang bersesuaian dan menggunakan
beberapa pendekatan yang terbaru.
Catt juga berkata, kursus ini dibahagikan kepada tiga
kategori utama iaitu pakaian, aksesori dan kreativiti yang akan diadakan di
seluruh Malaysia termasuk Perlis, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Salah seorang daripada peserta kursus tersebut Wan Azizah
Ahmad, 36, dari Pulau Pinang berkata, program ini memberi pendedahan yang lebih
luas kepadanya untuk mengetahui teknik-teknik terbaru tentang andaman.
"Misalnya, saya dapat mengetahui cara andaman yang
sangat ringkas dan cepat terutamanya untuk majlis perkahwinan dan majlis-majlis
rasmi," katanya.
Sebelum ini dia juga pernah mengikuti pelbagai kursus
andaman di dalam negeri dan luar negara termasuklah Indonesia dan Brunei.
"Setiap mak andam perlu mengikuti aliran semasa seperti
juga dunia fesyen dan sering berubah agar sentuhan mereka sentiasa menepati
cita rasa terkini,'' katanya yang turut memiliki beberapa jenis perniagaan termasuklah
salun kecantikan dan restoran makanan.
"Setiap tenaga pengajar itu mempunyai teknik yang
berbeza dalam segala segi, pendek kata setiap pengajar mempunyai caranya yang
tersendiri,'' katanya.
Sementara itu seorang lagi peserta Salma Shaari, 32, dari Taman
Nuri berkata, minatnya yang terlalu mendalam dalam bidang andaman menyebabkan
dia menyertai kursus tersebut untuk menambahkan lagi pengetahuan.
"Dengan menyertai kursus ini, saya rasa lebih yakin
untuk maju dan mengembangkan lagi bidang andaman di negeri ini,'' katanya yang
kini dalam persediaan untuk membuka sebuah salun di Jalan Tun Razak di sini.
Seorang lagi peserta Khaizurina Khalid, 26, berkata, kursus
tersebut mendedahkannya tentang cara mengandam dengan menggunakan teknik
terbaru yang berbeza dari zaman dulu.
"Kita diajar tentang cara untuk menaikkan seri
pengantin dengan menggunakan mekap yang sesuai dengan warna kulit dan mata,''
katanya yang juga mempunyai salun kecantikannya sendiri.
Sebelum itu katanya, dia menjalankan perniagaannya dengan
bergerak dari rumah ke rumah untuk mendapatkan pelanggan sehinggalah dia
membuka perniagaannya sendiri di Jalan Kota di sini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_01.htm#ixzz2HqWjcjJA
© Utusan Melayu (M) Bhd
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka,adat bermaksud 1. peraturan yang sudah diamalkan
turun-temurun (sejak dahulu kala) di dalam sesuatu masyarakat (sehingga
merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi), 2. cara yang sudah menjadi
kebiasaan, sifat, dan kebisaan. Adat istiadat sebagai suatu tatatertib yang
dilakukan dalam satu-satu upacara. Ia menjadi norma atau perlakuan sesuatu
masyarakat dan menjadi pegangan yang dianuti. Adat istiadat mempunyai hubungan
dengan kepercayaan keagamaan dalam masyarakat manusia pada zaman purba. Adat
istiadat yang bercorak upacara atau ritual menjadi satu ciri budaya yang
universal dalam kalangan pelbagai bangsa pada zaman primitif. Upacara adat bagi
setiap individu bermula seawal dalam perut ibu. Bermula dengan adat melenggang
perut, upacara bersalin, membelah mulut bayi, menanggalkan tali pusat, adat
bercukur, memijak tanah, naik buaian, bertindik telinga bagi kanak-kanak
perempuan, upacara perkahwinan dan kematian. Bangsa Melayu amat terkenal dengan
sifat lemah lembut dan sopan santunnya. Kehidupan sehari-hari sangat
dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya. Dan kebiasaan ini telah menjadi
amalan turun-temurun zaman-berzaman yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Tak
lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, begitulah amalan-amalan tertentu ini
tetap diamalkan walaupun arus kemodenan telah lama menyerapi kehidupan
masyarakat Melayu di negara kita ini.
2.0 ADAT BERANDAM, BERASAH GIGI DAN BERLIMAU
Adat Berandam dan Berasah Gigi
Biasanya bagi masyarakat Melayu zaman dahulu,
adalah menjadi adat untuk mengandamkan anak dara yang bakal dikahwinkan lebih
kurang tiga hari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Anak dara tersebut
akan diandam oleh tukang andam yang memang kerjanya mengambil upah menjadi emak
pengantin dan beliaulah yang akan menguruskan semua kerja-kerja menyiapkan dan
mengandam pengantin. Pengertian berandam itu ialah perempuan yang hendak
dikahwinkan perlu dicukur dan diperelokkan bentuk bulu keningnya dan dicukur
andam anak rambut di sepanjang dahinya. Kemudian, gigi anak dara itu akan
diasah dengan sejenis batu pengasah gigi supaya saiz dan kedudukan gigi dapat
disama ratakan. Selepas diratakan, anak dara tersebut akan dibagi buah pinang
untuk digigit. Semua ini dilakukan oleh orang tua-tua zaman dahulu dengan
tujuan yang baik, iaitu untuk menambah kecantikan dan seri kepada anak dara
tersebut. Berandam
dan berasah gigi diamalkan pada zaman silam, bersama-sama istiadat yang
berkenaan, tiga hari atau lebih sebelum hari akad nikah. Rambut pengantin
perempuan di dahi serta bulu keningnya dipepat (seringnya, pengantin
lelaki juga mengamalkan adat ini). Kemudian, gigi pengantin perempuan diasah
dan dikilap supaya menjadikannya sama rata dan berkilat. Tugas ini dilakukan
oleh seorang tukang andam yang juga merupakan “emak pengantin” (bukan ibu
sebenar). Bagaimanapun, amalan ini kini sudah lapuk, dan hanya adat berandam
diamalkan oleh pengantin perempuan di kawasan luar bandar pada hari ini
(pengantin lelaki tidak lagi mengamalkan adat ini), manakala orang bandar
Melayu lebih suka menghantar bakal pengantin perempuan kekedai solek yang banyak terdapat di
semua bandar di Malaysia. Walaupun demikian, di
kawasan-kawasan terpencil, masih terdapat orang Melayu yang mematuhi
peribahasa, “Biar mati anak, jangan mati adat”.
Adat Berlimau
Setelah sempurna kedua-dua pengantin suami isteri
itu menunaikan satu daripada hikmah perkahwinan, maka akan diadakan sekali lagi
persandingan di atas pelamin. Namun, pengantin tidak akan dipakaikan dengan
pakaian pengantin dan persandingan ini hanya melibatkan sanak saudara sahaja.
Setelah bersanding, kedua-duanya akan turun duduk di bangku yang terletak di tengah
tengah rumah itu dan di-sinilah dijalankan upacara mandi-mandian dan bersintok
limau sebagai menandakan persatuan antara kedua pengantin suami isteri itu
telah sempurna dan selamat. Setelah kedua-duanya selesai dimandi dan disintok
limaukan mengikut syarat, mereka pun dibawa oleh emak pengantin ke bilik
peraduan pengantin dengan keadaan suami memimpin isterinya dengan memegang
sehelai sapu tangan masuk ke bilik. Manakala di luar, sekalian hadirin yang ada
akan menyiram air tersebut sesama mereka sambil bersuka ria. Air yang digunakan
untuk upacara ini disediakan dalam pelbagai warna bagi menambah kecantikannya
dan dianggap sakral bagi masyarakat Melayu.
Kain basahan yang dipakai oleh pengantin suami
isteri itu mengikut adat tidak boleh diambil oleh mereka. Kain tersebut akan
dijadikan hadiah pemberian kepada emak pengantin. Menurut adat Melayu, bukan
sahaja kain basahan itu tidak boleh diambil semula oleh kedua pengantin itu
malah mereka juga ditegah untuk memerah sendiri kain tersebut. Ini semua bertujuan
untuk membuang rasa takut atau menolak bala daripada kedua-dua pengantin itu.
Kain tersebut akan diambil dan disimpan oleh emak pengantin bagi membantu
membuang dan menjauhkan bala.
Sebelum istiadat mandi limau
dijalankan, terdapat satu adat yang amat penting pada zaman silam tetapi kini
telah lapuk. Pada awal pagi selepas malam bersatu, emak pengantin akan
menanyakan bukti yang konkrit daripada pengantin lelaki tentangkeperawanan pengantin perempuannya.
Mengikut adat, pengantin lelaki akan menyerahkan sehelai sapu tangan berwarna
putih yang memberikan bukti yang diperlukan. Emak pengantin kemudian akan
menunjukkan sapu tangan itu mula-mulanya kepada ibu bapa pengantin perempuan
dan kemudian yang paling penting sekali kepada ibu bapa pengantin lelaki. Pada
zaman silam, bukti tentang keperawanan pengantin perempuan adalah amat penting
kepada orang Islamumumnya. Penyerahan bukti
sebelum istiadat mandi limau adalah wajib dan amat penting sehingga ketiadaan
bukti hampir selalu menimbulkan masalah yang seringnya mengakibatkan perceraian serta-merta.
Selepas kedua-dua pasangan ibu
bapa pengantin lelaki dan pengantin perempuan telah memuaskan diri tentang
kesucian pengantin perempuan, istiadat mandi limau akan dijalankan. Kedua-dua
suami isteri sekali lagi berduduk di atas pelamin dalam pakaian yang terbaik di
hadapan sekumpulan tetamu yang terdiri daripada saudara, jiran, dan kawan rapat
kedua-dua keluarga. Untuk istiadat ini, mereka tidak berpakaian pengantin
tetapi memakai pakaian Melayu yang biasa. Selepas berduduk selama sepuluh
hingga lima belas minit, mereka akan di bawa turun dan didudukkan pada sebuah
bangku atau dua buah kerusi di ibu rumah atau bilik yang lain di rumah. Mandi
istiadat dilakukan oleh emak pengantin, dan terdiri daripada memercikkan airsintuk dan limau purut pada kedua-dua pengantin
lelaki dan perempuan.
Selepas upacara ini disiapkan,
pengantin lelaki akan membawa pengantin perempuan balik ke bilik tidur dengan
setiap mereka memegang salah satu hujung sapu tangan. Sarung yang digunakan
oleh kedua-dua suami isteri dalam istiadat mandi diberikan kepada emak
pengantin, bukan sahaja sebagai hadiah tetapi juga sebagai tolak
baladan buang geruh. Kedua-dua pengantin tidak dibenarkan memerah air dari
sarung tersebut, apa lagi dengan menyimpannya.
Seluruh adat ini yang dipegang
teguh pada zaman silam kini tidak lagi diamalkan sama sekali oleh hampir semua
(jika bukan semua) orang Melayu.
5.0 HASIL TEMURAMAH
Tempat: Kampung Pengkalan Pauh, Pasir Puteh,
Kelantan
Masa : 4:00
petang
Tepat
jam 4 petang, saya yang ditemani oleh Mek Limah (Puan Halimah Bt Salleh) telah
menemui Tok Chik (Puan Aminah Bt Haji Hassan) di rumah beliau yang kebetulannya
riuh rendah dengan kehadiran anak dan cucu-cucunya yang baru pulang ke kampung.
Saya telah dibawa untuk berjumpa dengan Puan Aminah Bt Haji Hassan atau lebih
mesra dengan panggilan Tok Chik yang sudah berumur 84 tahun apabila saya meminta
Puan Halimah menemukan saya dengan orang yang paling berpengalaman di kampung
tersebut dalam bidang andaman atau yang pernah menjadi juru andam.
Setibanya
saya di rumah Tok Chik, beliau telah siap sedia untuk ditemuramah. Beliau
menyediakan pelbagai bahan yang digunakan untuk tujuan berlimau dan berasah
gigi Sepanjang sesi temuramah pada petang tersebut yang turut ditemuramah ialah
Mek Limah yang juga bekas mak andam di kampung terbabit. Pada akhir sesi
temuramah Tok Chik dan Mek Limah menyediakan beberapa bahan yang digunakan bagi
tujuan adat berandam, berasah gigi dan berlimau namun menurut Tok Chik, bahan
yang lain tidak dapat disediakan kerana beliau sudah lama meninggalkan bidang
andaman. Namun begitu saya berpuas hati dapat menemuramah Tok Chik dan Mek
Limah kerana saya dapat mengetahui tentang kajian yang saya kaji dengan lebih
mendalam.
Peringkat kedua
[sunting]Berandam
dan berasah gigi
Berandam dan berasah gigi
diamalkan pada zaman silam, bersama-sama istiadat yang berkenaan, tiga hari
atau lebih sebelum hari akad nikah. Rambut pengantin perempuan di dahi serta bulu
keningnya dipepat
(seringnya, pengantin lelaki juga mengamalkan adat ini). Kemudian, gigi
pengantin perempuan diasah dan dikilap supaya menjadikannya sama rata dan
berkilat. Tugas ini dilakukan oleh seorang tukang andam yang juga merupakan
"emak pengantin" (bukan ibu sebenar).
Bagaimanapun, amalan ini
kini sudah lapuk, dan hanya adat berandam diamalkan oleh pengantin perempuan di
kawasan luar bandar pada hari ini (pengantin lelaki tidak lagi mengamalkan adat
ini), manakala orang bandar Melayu lebih suka menghantar bakal pengantin
perempuan ke kedai solek yang
banyak terdapat di semua bandar di Malaysia.
Walaupun demikian, di kawasan-kawasan terpencil, masih terdapat orang Melayu
yang mematuhi peribahasa, "Biar mati anak, jangan mati adat".
Selepas berandam,
pengantin perempuan akan mandi dengan air sintuk-limau yang
dianggap secara tradisi sebagai dapat menghapuskan nasib malang pada pengantin perempuan.
Selepas mandi istidat itu
dan sebelum bakal pengantin perempuan tidur pada malam yang sama, sepuluh
hujung jarinya dan pusat kedua-dua tapak tangan serta pinggir tapak kaki diinai
dan dibiarkan kering sehingga pagi berikut. Ini adalah amalan berinai yang
sebenar dan mendahului apa yang dikenali sebagai istiadat berinai.
Adat berandam again
Masa terus berlalu
meninggalkan apa jua yang pernah di lakukan sejak lama dahulu. Antara adat yang
semakin ditinggalkan ialah potong berandam dan mandi bunga yang sejak turun
temurun dilakukan oleh mak andam dulu-dulu sebelum pengantin perempuan
melangsungkan majlis perkahwinan. Ia seolah-olah ditinggalkan dengan beberapa
kepercayaan bahawa adat lama khurafat serta langsung tidak memberi manfaat.
Pendapat ini disangkal oleh Puan Halimah atau lebih dikenali sebagai. Baginya,
adat potong andam dan mandi bunga sebenarnya tidak khurafat kerana disertai
dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Malahan adat seperti inilah yang harus
diteruskan oleh generasi kini untuk tampil lebih yakin dan berseri di hari
indah ini.
Sebenarnya segala apa
yang dilakukan oleh mak andam dulu-dulu mempunyai tujuan yang tersendiri.
Antaranya ialah menaik seri wajah pengantin, memantapkan pengisian rohani dan
menolak bala agar di jauhi dari gangguan syaitan semasa hari perkahwinan. Dalam
apa jua perkara yang dilakukan, mak andam akan membaca ayat-ayat suci Al-Quran
supaya bakal pengantin dilindungi dari sebarang perkara buruk.
Info
Tentang Adat Berandam
* Apabila melangkah ke alam perkahwinan, mak andam akan bawa bakal
pengantin melangkah dengan pengisian rohani yang mantap dengan mendekati Allah
dan mengucap dua kalimah syahadah, istigfar, ayat Kursi, ayat Fatehah dan
ayat-ayat Qul. Dengan ini bakal pengantin akan lebih tenang dan yakin,
seterusnya tampak lebih berseri.
* Perbezaan antara
pengantin yang berandam dan tidak berandam boleh dilihat dari segi karektornya.
Biasanya pengantin yang berandam akan lebih yakin, sopan, segala perbuatan
dapat petunjuk, orang memandang dengan pandangan yang penuh kasih. Walau
pengantin pada zahirnya wajahnya tidak secantik mana, namun orang lebih
terpesona dan memuji karektornya yang lemah lembut. Berbeza dengan pengantin
yang tidak berandam, jiwanya kosong dan mudah bersikap kurang wajah atau kurang
sopan sebagaimana layaknya pengantin baru seperti ketawa mengilai-ngilai, tidak
tahu diam dan selalu menggelabah. Orang yang memandang pun akan merasa kurang
senang dengan perbuatan tersebut.
* Kini, mandi bunga boleh dilakukan secara sendirian di salun-salun atau
pusat rawatan kecantikan tanpa kehadiran mak andam. Namun begitu, sejak
dulu-dulu, mak andam berperanan menjaga bakal pengantin dengan acara mandi
bunga dan berlimau ini. Mandi bunga seakan tidak dapat dipisahkan kerana ia
acara kemucak dalam menaikkan seri pengantin.
* Bunga-bunga lama seperti melur, cempaka, kenanga, mawar dan sundal
malam mempunyai wangian yang hebat sekali gus menghasilkan tenaga yang kuat dan
bergabung pula dengan kekuatan getaran tenaga air. Untuk memilih air mandian
pula, seelok-eloknya ialah air yang mempunyai tenaga yang kuat seperti air
terjun dan air dari kolah masjid. Air terjun akan memberikan tenaga yang kuat
manakala air dari kolah masjid pula membawa getaran yang lebih kuat kerana di
bawa gelombang ayat-ayat suci Al-Quran. Kombinasi air dan bunga-bunga ini akan
membuatkan pengantin lebih yakin dan berseri.
* Mengikut Kaedah Terapi Warna, cara yang paling berkesan untuk
menaik seri wajah dengan berkesan ialah dengan kaedah warna manakala Hukum
Sains Fizik pula menyatakan tenaga terkandung dalam semua benda hidup, manusia
dan haiwan mendapat tenaga dari apa yang di makan berbanding tumbuhan mendapat
tenaga terus dari matahari melalui proses fotosintesis. Jadi bayangkan berapa
kuatnya tenaga yang dihasilkan oleh bunga dari tumbuh tumbuhan ini. Jadi secara
logiknya mandi bunga sebenarnya mempunyai tenaga spiritual yang kuat dari
bungabungaan ini. Malahan tubuh si dara juga akan lebih harum dengan wangian
dari bunga dan kandungan limau purut ini.
* Bagi adat ‘makan sireh’ pula ia dianggap sebagai perbuatan kuno
dan hanya menyebabkan bibir merah dan berbau kurang enak. Namun begitu,
sebenarnya setiap perbuatan yang dilakukan tentu ada sebab dan musabab yang
tersendiri. Saat menjelang pernikahan, hati tentu merasa tidak tenteram dan
gemuruh, apatah lagi biasanya pengantin lelaki dan perempuan tidak pernah
bertemu antara satu sama lain.
* Jadi bila perasaan gemuruh, sistem badan akan berubah menyebabkan
dengan tiba-tiba sakit perut dan sering ke bilik air. Jadi di sinilah terletak
peranan makan sireh iaitu mengelakkan dari perut masuk angin dan meredakan
ketegangan. Daun sireh yang disapu kapur, cengkih dan gambir mempunyai fungsi
yang tersendiri. Daun sireh akan mengelatkan air liur mengelatkan air liur
seterusnya mengelakkan bau yang tidak diingini. Cengkih pula bertindak
mengharumkan mulut dan gambir memerahkan lidah supaya nampak lebih segar.
FASAL
KEDUA - BERANDAM DAN BERASAH GIGI.
Biasa-nya masa dahulu (tidak banyak lagi dijalankan sekarang ini
walau pun di-kampong2) lebeh kurang tiga hari sa-belum kerja kahwin itu
di-mulakan maka ada-lah di-'adatkan ia-itu anak dara yang hendak di-kahwinkan
itu di-andam oleh tukang andam yang memang kerja-nya mengambil upah menjadi
'emak pengantin' dan dia-lali juga menjadi tukang andam. Erti-nya berandam itu
ia-lah perempuan yang hendak kahwin itu di-chukor dan di-perelokkan bentok bulu
kening-nya dan di-chukor andam anak rambut di-sapanjang dahi-nya, dan kemudian
gigi si-anak dara itu pun di-asah dengan sa-jenis batu pengasah gigi supaya
mana2 yang ta' sama gigi itu di-persamakan. Di-lakukan demikian oleh orang tua2
dahhlu itu ia-lah dengan tujuan yang baik, ia-itu kerana hendak menambah
kechantekan anak dara itu, walau pun sabalek-nya pada fikiran orang masa
sekarang ini.Sa-telah selesai di-andam dan di-asah gigi-nya maka anak dara itu pun di-mandikan serta di-bedak, akhir-nya di-mandikan dengan ayer daun dan buah Iimau purut serta di-sintok langir sa-kah, kerana yang demikian ada-lah di-'adatkan sebab keperchayaan orang tua2 dahulu bahawa perbuatan yang demikian itu boleh membuang geroh, sial, malang dan malapetaka daripada anak dara itu, konon.
Apabila telah siap di-mandikan maka hujong kesapuloh2 jari tangan, di-tengah2 kedua belah tapak tangan dan di-sakeliling kedua belah kaki anak dara itu di-hinaikan. Menepek hinai ini di-lakukan terlebeh dahulu daripada di-jalankan 'adat berhinai di-pelamin.
Bakal pengantin perempuan kini lebih gemar guna khidmat jurusolek
moden
Melangkah ke alam
perkahwinan bagi kebanyakan bakal pengantin ia adalah sesuatu yang mendebarkan.
Malah, semakin hampir tarikh yang ditetapkan, semakin itulah kencangnya debaran
di hati apabila menantikan saat itu.
Menyedari perkara itulah
pada zaman dulu, mak andam adalah antara individu yang sangat penting di dalam
sesebuah majlis perkahwinan orang Melayu. Sebut saja hal perkahwinan mesti ada
mak andam yang bertanggungjawab secara menyeluruh; daripada menjaga protokol
majlis hinggalah kepada kesempurnaan penampilan pengantin termasuk, menjaga
pengantin secara rohani dan jasmani.
Apa yang pasti,
pengisian rohani bagi bakal pengantin yang akan menaiki jinjang pelamin oleh
mak andam dilihat begitu penting dijaga agar mempelai berasa lebih tenang,
tidak gemuruh dan yakin khususnya ketika bersanding di atas pelamin.
Begitu juga dengan
penjagaan jasmani supaya pengantin kelihatan cantik, berseri dan sopan. Detik
itu, pengantin akan dilihat mulia apabila dijaga oleh mak andam dan ia ibarat
Mak Inang yang menjaga puteri raja.
Lebih unik dan menariknya, bagi masyarakat Melayu zaman dulu, adat
untuk mengandamkan anak dara yang bakal dikahwinkan dibuat lebih kurang tiga
hari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan.
Anak dara yang akan
memasuki alam perkahwinan akan diandam oleh juruandam dan sudah dikenali memang
kerjanya mengambil upah menjadi ‘emak pengantin’.
Juruandam, Meriam Sedit
atau lebih dikenali sebagai Kak Yan, berkata walaupun adat berandam jarang
dilakukan hari ini, ia sewajarnya dikekalkan sebagai persediaan awal bakal
pengantin menghadapi segala kemungkinan hari bersejarah iaitu pada hari
perkahwinannya.
Kak Yan, berkata ramai
daripada kalangan kita yang tidak mahu berandam kerana menganggapnya kerja
remeh dan lebih-lebih lagi kebanyakannya sibuk dengan urusan harian serta
sering diburu masa walaupun hari perkahwinan sudah semakin dekat.
“Ada juga yang tidak
mempercayai mengenai adat berandam ini dan menganggapnya sebagai karut semata
tanpa mengetahui kepentingan kepada bakal pengantin itu sendiri. Tetapi bagi
saya, pengantin mesti berandam kerana adat ini adalah proses menaikkan seri
pengantin dan perbezaan wajah akan ketara jika bakal pengantin tidak diandam
berbanding dengan yang diandam,” katanya ketika di temui di butik andaman milik
sendiri yang dikenali Yan Seri Andam.
Beliau yang
berpengalaman 20 tahun dalam bidang mengandam berkata, berandam sebenarnya
membentuk disiplin, di samping membantu pengantin memadamkan rasa gelisah dalam
diri dan supaya tampak manis serta sentiasa tertib atau tidak ‘lepas laku’
ketika bersanding.
Katanya, pada masa kini
ramai yang menganggap, kerja mengandam sekadar membuat solekan muka dan
dandanan rambut saja. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa mak andam ada
tanggungjawab tersendiri dan seharusnya melengkapkan diri dengan keperluan yang
lengkap apabila memulakan urusan mengandam. Tugas mengandam pula merangkumi
dari hujung rambut hingga ke kaki.
“Apabila memperkatakan
berandam pengantin, ramai di kalangan kita yang hanya mengaitkannya memantis
dan mencukur kening, tetapi sebenarnya ada beberapa perkara penting yang perlu
dilakukan Mak Andam.
“Bagaimanapun, tidak
dinafikan dalam adat potong andam sememangnya perkara sedemikian dilakukan
kepada pengantin dan antara tujuan utamanya, diumpamakan sebagai mencari
ketenangan di dalam diri mereka.
“Aspek psikologi dalam
diri bakal si pengantin harus diambil kira memandangkan dia akan melangkah ke
alam baru yang lebih bermakna,” katanya.
Kak Yan berkata, oleh kerana pasangan yang hendak berkahwin
dihimpit ujian oleh godaan syaitan maka ayat dan surah al-Quran akan digunakan
serta dibaca kepada pengantin sebagai ‘pendinding’ supaya dapat menempuh hari perkahwinan tanpa ada sebarang kecacatan.
Bacaan dan surah yang
biasa digunakan seperti ayat Kursi, al-Fatihah, surah Yusuf serta selawat ke
atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
“Membaca doa seumpama
itu penting untuk memantapkan rohani pengantin dan sebagai usaha memohon kepada
Allah agar sempurna semuanya sehinggalah ke akhir majlis perkahwinan itu.
“Pokoknya, doa yang
dibaca adalah untuk meminta kesejahteraan pengantin dan memastikan dirinya
cantik seperti bidadari atau hebat setiap kali tetamu memandangnya serta
dijauhkan daripada sebarang khianat dan malapetaka,” katanya.
Mengenai acara yang
dilakukan dalam adat berandam, Kak Yan berkata, antaranya termasuklah mandi
bunga. Biasanya pelbagai jenis bunga digunakan dan ia diramas terlebih dulu
untuk mengambil pati sarinya kemudian dicampurkan ke dalam air sebelum
pengantin berendam di dalamnya.
Antara tujuan mandi
bunga ialah meredakan emosi dan menyegarkan badan. Malah, secara saintifik dan
mengikut hukum fizik tenaga air dan haruman bunga sebenarnya memang berupaya
untuk memberikan keharmonian dan kesejahteraan pada minda serta fizikal.
Ketika ditanya tujuan
mencukur bulu roma pada wajah katanya, ia membolehkan solekan tampak lebih
daripada biasa di samping, jika pengantin berpeluh ia tidak mengalir di celah
bulu roma sehingga menjejaskan solekan. Memantis kening pula adalah bertujuan
untuk membezakan antara lelaki dan perempuan.
Bagaimanapun, apa yang
pasti hari ini peranan mak andam walaupun dilihat masih penting dan diperlukan,
tugas dipikul tidaklah seberat dulu yang terpaksa menjaga bakal pengantin dari
awal hingga selesai majlis perkahwinan.
Tugas utama yang
dilakukan juruandam hari ini sebaliknya, lebih menitikberatkan dandanan dan
menyolek paras wajah pengantin supaya tampak jelita serta berbeza daripada
solekan hari-hari biasa serta memastikan persalinan pakaian mempelai lengkap
dan secocok digayakan.
Malah, bagi masyarakat
bandar dan individu yang dilingkari gaya hidup moden, kebanyakan tugas Mak
Andam lebih banyak diganti atau diambilalih oleh jurusolek. Selain itu dulu mak
andam lazimnya di kalangan orang tua yang berkemahiran dan berpengetahuan luas,
khususnya berkaitan rahsia serta hal rumah tangga dan membuatkan dirinya
dihormati masyarakat.
Kini, usia bukan lagi
persoalan utama untuk bergelar mak andam dan ada kala individu yang menjadi
juru andam masih lagi anak dara atau belum ada pengalaman melalui gerbang
perkahwinan. Apa yang lebih penting, selagi mempunyai kemahiran bersolek dan
berdandan, ia sudah cukup syarat untuk melaksanakan tugas sebagai juru andam.
Menarik
mengenai adat berandam zaman dulu
Pengertian berandam itu
sebenarnya ialah wanita yang hendak dikahwinkan perlu dicukur dan diperelokkan
bentuk bulu keningnya dan dicukur andam anak rambut di sepanjang dahinya.
Kemudian, gigi anak dara itu akan diasah dengan sejenis batu
pengasah gigi supaya saiz dan kedudukan gigi dapat di sama ratakan. Semua ini
dilakukan oleh orang tua-tua zaman dulu dengan tujuan yang baik, iaitu untuk
menambah kecantikan dan seri kepada anak dara berkenaan.
Selepas selesai diandam
dan diasah gigi, anak dara itu akan dimandikan serta disapukan bedak. Bakal
pengantin akan dimandikan dengan air daun buah limau purut dan Mak Andam akan
menjalankan upacara sintok langir yang mengikut kepercayaan, upacara itu akan
membuang rasa takut, sial, malang dan malapetaka yang bakal mengganggu anak
dara berkenaan.
Apabila siap dimandikan,
maka hujung sepuluh jari tangan, di tengah-tengah kedua belah tapak tangan dan
di sekeliling kedua belah kaki anak dara itu akan diinaikan. Upacara menepek
inai ini dilakukan terlebih dulu sebelum adat berinai di pelamin dijalankan.
Bakal pengantin perempuan kini lebih gemar guna khidmat jurusolek
moden
Melangkah ke alam
perkahwinan bagi kebanyakan bakal pengantin ia adalah sesuatu yang mendebarkan.
Malah, semakin hampir tarikh yang ditetapkan, semakin itulah kencangnya debaran
di hati apabila menantikan saat itu.
Menyedari perkara itulah
pada zaman dulu, mak andam adalah antara individu yang sangat penting di dalam
sesebuah majlis perkahwinan orang Melayu. Sebut saja hal perkahwinan mesti ada
mak andam yang bertanggungjawab secara menyeluruh; daripada menjaga protokol
majlis hinggalah kepada kesempurnaan penampilan pengantin termasuk, menjaga
pengantin secara rohani dan jasmani.
Apa yang pasti,
pengisian rohani bagi bakal pengantin yang akan menaiki jinjang pelamin oleh
mak andam dilihat begitu penting dijaga agar mempelai berasa lebih tenang,
tidak gemuruh dan yakin khususnya ketika bersanding di atas pelamin.
Begitu juga dengan
penjagaan jasmani supaya pengantin kelihatan cantik, berseri dan sopan. Detik
itu, pengantin akan dilihat mulia apabila dijaga oleh mak andam dan ia ibarat
Mak Inang yang menjaga puteri raja.
Lebih unik dan menariknya, bagi masyarakat Melayu zaman dulu, adat
untuk mengandamkan anak dara yang bakal dikahwinkan dibuat lebih kurang tiga
hari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan.
Anak dara yang akan
memasuki alam perkahwinan akan diandam oleh juruandam dan sudah dikenali memang
kerjanya mengambil upah menjadi ‘emak pengantin’.
Juruandam, Meriam Sedit
atau lebih dikenali sebagai Kak Yan, berkata walaupun adat berandam jarang
dilakukan hari ini, ia sewajarnya dikekalkan sebagai persediaan awal bakal
pengantin menghadapi segala kemungkinan hari bersejarah iaitu pada hari
perkahwinannya.
Kak Yan, berkata ramai
daripada kalangan kita yang tidak mahu berandam kerana menganggapnya kerja
remeh dan lebih-lebih lagi kebanyakannya sibuk dengan urusan harian serta
sering diburu masa walaupun hari perkahwinan sudah semakin dekat.
“Ada juga yang tidak mempercayai
mengenai adat berandam ini dan menganggapnya sebagai karut semata tanpa
mengetahui kepentingan kepada bakal pengantin itu sendiri. Tetapi bagi saya,
pengantin mesti berandam kerana adat ini adalah proses menaikkan seri pengantin
dan perbezaan wajah akan ketara jika bakal pengantin tidak diandam berbanding
dengan yang diandam,” katanya ketika di temui di butik andaman milik sendiri
yang dikenali Yan Seri Andam.
Beliau yang
berpengalaman 20 tahun dalam bidang mengandam berkata, berandam sebenarnya
membentuk disiplin, di samping membantu pengantin memadamkan rasa gelisah dalam
diri dan supaya tampak manis serta sentiasa tertib atau tidak ‘lepas laku’
ketika bersanding.
Katanya, pada masa kini
ramai yang menganggap, kerja mengandam sekadar membuat solekan muka dan
dandanan rambut saja. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa mak andam ada
tanggungjawab tersendiri dan seharusnya melengkapkan diri dengan keperluan yang
lengkap apabila memulakan urusan mengandam. Tugas mengandam pula merangkumi
dari hujung rambut hingga ke kaki.
“Apabila memperkatakan
berandam pengantin, ramai di kalangan kita yang hanya mengaitkannya memantis
dan mencukur kening, tetapi sebenarnya ada beberapa perkara penting yang perlu
dilakukan Mak Andam.
“Bagaimanapun, tidak
dinafikan dalam adat potong andam sememangnya perkara sedemikian dilakukan
kepada pengantin dan antara tujuan utamanya, diumpamakan sebagai mencari
ketenangan di dalam diri mereka.
“Aspek psikologi dalam
diri bakal si pengantin harus diambil kira memandangkan dia akan melangkah ke
alam baru yang lebih bermakna,” katanya.
Kak Yan berkata, oleh kerana pasangan yang hendak berkahwin
dihimpit ujian oleh godaan syaitan maka ayat dan surah al-Quran akan digunakan
serta dibaca kepada pengantin sebagai ‘pendinding’ supaya dapat menempuh hari perkahwinan tanpa ada sebarang kecacatan.
Bacaan dan surah yang
biasa digunakan seperti ayat Kursi, al-Fatihah, surah Yusuf serta selawat ke
atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
“Membaca doa seumpama
itu penting untuk memantapkan rohani pengantin dan sebagai usaha memohon kepada
Allah agar sempurna semuanya sehinggalah ke akhir majlis perkahwinan itu.
“Pokoknya, doa yang
dibaca adalah untuk meminta kesejahteraan pengantin dan memastikan dirinya
cantik seperti bidadari atau hebat setiap kali tetamu memandangnya serta
dijauhkan daripada sebarang khianat dan malapetaka,” katanya.
Mengenai acara yang
dilakukan dalam adat berandam, Kak Yan berkata, antaranya termasuklah mandi bunga.
Biasanya pelbagai jenis bunga digunakan dan ia diramas terlebih dulu untuk
mengambil pati sarinya kemudian dicampurkan ke dalam air sebelum pengantin
berendam di dalamnya.

berpengalaman 20 tahun dalam bidang mengandam berkata, berandam sebenarnya membentuk
disiplin, di samping membantu pengantin memadamkan rasa gelisah dalam diri dan
supaya tampak manis serta sentiasa tertib atau tidak ‘lepas laku’ ketika
bersanding.

Subscribe to:
Posts (Atom)